Perlawanan suku akhir kedua Piala FA di antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Penang yang sedang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah, masih terikat tanpa jaringan dalam separuh masa pertama permainan.

Kedua-dua pasukan merencanakan asakan bertali-arus untuk menghasilkan gol namun, masih disekat oleh barisan pertahanan masing-masing.

Kredit harus diberikan kepada penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz dan Sikh Izhan Nazrel, yang mempamerkan kualiti persembahan yang memukau mengawasi gawang daripada dibolosi.