Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan penguasaan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA apabila mendahului Malaysian University (MU) 4-0 menjelang separuh masa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika ini.

Dengan JDT membawa kelebihan 5-0 daripada aksi pertama di venue sama minggu lalu, tiada apa lagi mampu diharapkan MU selain tidak dibolosi jaringan lebih besar dalam 45 minit kedua.

Juan Muniz membuka jaringan Harimau Selatan seawal minit ke-20 menerusi penyudah lencongnya yang melantun di depan gawang lawan sebelum menggegarkan jaring.

Heberty turut memperoleh jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 sebelum menggandakan jaringan peribadinya pada minit ke-30.

Feroz Baharudin kemudian menjadikan kedudukan 4-0 buat JDT lima minit sebelum ke bilik persalinan.