Laman rasmi Liga Juara-Juara Asia menerusi laman X hari ini mengucapkan terima kasih atas segala memori sepanjang Selangor beraksi dalam kempen berprestij itu.

Untuk rekod Selangor menamatkan saingan peringkat Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di kedudukan ketiga dengan 10 mata sekali gus menyaksikan hasrat The Red Giants untuk mara ke pusingan seterusnya berakhir.






Begitupun, kelab dari Lembah Klang itu menutup cabaran dengan kemenangan selepas menewaskan wakil Filipina, Cebu, 4-0 di Stadium Rizal Memorial, Manila, awal bulan lalu.

"Selangor, semangat anda akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas memori." katanya.