Skuad bola sepak Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku pembangunan paling cemerlang sepanjang tahun 2024 dengan pelbagai pencapaian yang menakjubkan daripada setiap lapisan pasukan.
Skuad kendalian Shin Tae-yong menjadi satu-satunya wakil Asia Tenggara (ASEAN) yang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Lebih membanggakan, Sang Garuda kini menghuni tangga ketiga dalam carta Kumpulan C dengan pungutan enam mata dan mencatatkan kemenangan ke atas pasukan ranking ke-59 dunia, Arab Saudi, di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Dalam masa sama, Indonesia dan Thailand juga melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan kalah mati ketika perlawanan Piala Asia Qatar 2023, Januari lalu.
? Top 10 ASEAN Football Events of 2024 ?
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 31, 2024
1️⃣ ?? The Indonesian National Team became the only ASEAN representative to advance to the third round of the FIFA World Cup 2026 qualifiers. ?⚽#ASEANFootball pic.twitter.com/3ichcY38Tx
Skuad bawah 23 tahun (B-23) pula mencipta sejarah apabila berjaya ke separuh akhir Piala Asia B-23 untuk ke saingan play-off Sukan Olimpik Paris 2024.
Selain itu, pasukan utama futsal lelaki Indonesia juga meraih gelaran juara menewaskan Vietnam 2-0 dalam Kejohanan Futsal ASEAN 2024 di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, November lalu.
Di samping itu, skuad muda B-17 dan B-20 tidak ketinggalan untuk menempah slot secara merit ke Piala Asia B-17 dan B-20 2025.