Kelab tiga terbaik Liga Pro Iran, Persepolis, dilaporkan berminat menandatangani Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super Malaysia musim lalu, Arif Aiman Hanapi.

Khabar angin tersebut dikhabarkan oleh kelab peminat tersebut menerusi perkongsiannya di Instagram yang menyatakan pasukan itu berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Selepas 15 perlawanan, Persepolis kini menghuni tangga ketiga dan mengumpul sebanyak 29 mata di belakang Sepahan dan pendahulu, Tractor, yang berkongsi 32 mata.

A post shared by پرسپولیس | ????????? (@perspolis_507)



Sekiranya desas-desus berkenaan benar, Persepolis perlu menebus kontraknya bersama juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang di jangka berakhir 2028.

Melewati aksi cemerlangnya bersama Harimau Selatan, tonggak utama Harimau Malaya itu sudah menjaringkan 15 gol termasuk lapan bantuan jaringan dalam semua pertandingan termasuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.