Shaiful Shamsudin
Fri Mar 31 2023
Richarlison menafikan bahawa dia memainkan peranan penting Antonio Conte dipecat Tottenham.
Jodoh Spurs dan Conte berakhir minggu lalu, lapan hari selepas bekas pengurus Chelsea itu melancarkan serangan pedas ke atas kelab berkenaan ekoran keputusan seri 3-3 di Southampton.
Conte menyifatkan pemain Tottenham sebagai "mementingkan diri sendiri" dan seakan-akan mengkritik Pengerusi Spurs, Daniel Levy, dengan berkata: "Kisah Tottenham adalah sebegini -- dalam tempoh 20 tahun ini adakah mereka tidak pernah memenangi sesuatu. Kenapa?"
Kata-kata keras itu berlaku kurang daripada dua minggu selepas Richarlison secara terbuka mempersoalkan mengenai minit permainannya yang terhad di sebalik prestasi buruk kelab itu.
Berikutan pemecatan Conte, seorang wartawan daripada penyiar Argentina, TyC Sports, melaporkan bahawa Richarlison telah terlibat dalam memberi kata dua kepada kelab berhubung masa depan pengurus tersebut, tetapi ia pantas dinafikan sekeras-kerasnya.
Menjawab khabar angin di Twitter, Richarlison, pada malam tadi menciap: "Menyoal dan mengkritik saya sebagai pemain mengenai prestasi saya adalah sebahagian daripada bola sepak dan saya faham.
"Bagaimanapun, bercakap bohong tentang saya, saya tidak terima! Saya sentiasa menghormati Conte dan kesemua jurulatih saya.
“Dia banyak membantu saya dalam soal kedatangan saya ke Spurs dan setiap kali kami menghadapi masalah (walaupun ia terbuka), kami menyelesaikannya berdasarkan perbincangan dan profesionalisme -- dia sendiri boleh mengesahkannya.
"Saya tidak mengetuai pemberontakan terhadapnya, ia adalah sebaliknya. Saya minta maaf kerana saya tidak mencapai apa yang diharapkannya daripada saya dan saya tidak berusaha cukup keras untuk membolehkannya kekal.
“Apabila dia pergi, saya menghantar mesej kepadanya mengucapkan terima kasih atas segala-galanya dan mendoakan yang terbaik buatnya kerana itulah yang layak diterimanya!
"Sebaliknya, wartawanlah yang bertanggungjawab mengadakan cerita sebegini dan tidak sedikit pun pernah berurusan dengan wakil saya mahupun saya sendiri. Dia menunjukkan sikap profesional yang buruk dan watak yang buruk!"
Mo Salah cipta sejarah baru Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, akan selama-lamanya meletakkan Tottenham di tempat yang istimewa dalam hatinya selepas memimpin The Blues meraih kemenangan 2-0 ke atas bekas kelab kendaliannya awal pagi tadi.
Kemarau trofi tarik perhatian Ange Postecoglou sertai Tottenham
Ange Postecoglou berkata peluang untuk menamatkan kemarau trofi Tottenham dan menjadi tarikan ujtama untuk menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Spurs.
Ange Postecoglou nilai peluang Manchester United kejar Tottenham
Ange Postecoglou mempunyai jawapan yang unik apabila ditanya sama ada Manchester United boleh mengejar pasukan Tottenham sebelum akhir musim ini.
Ange Postecoglou puji Son Heung-min atasi keletihan sebelum pastikan kemenangan Spurs
Ange Postecoglou memuji standard tinggi kapten Tottenham yang dalam 'kepenatan', Son Heung-min, selepas gol lewatnya memperoleh kemenangan 2-1 di tempat sendiri ke atas Luton.
Masalah kesihatan mental adalah normal dalam kalangan pemain -- Ange Postecoglou
Masalah kesihatan mental adalah perkara biasa dalam kalangan pemain bola sepak tetapi semuanya tersembunyi di sebalik tirai, kata Ange Postecoglou susulan pendedahan pemain Tottenham, Richarlison.
Perkenal kad biru akan rosakkan bola sepak -- Ange Postecoglou
Ketua jurulatih Tottenham, Ange Postecoglou, telah memberi amaran sebarang cadangan untuk memperkenalkan kad biru dan 'sin-bins' akan memusnahkan bola sepak.
Sergio Reguilon sertai Brentford secara pinjaman
Pemain pertahanan Tottenham, Sergio Reguilon, telah menyertai Brentford secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
Son Heung-min bergelar Pemain Terbaik Asia buat kali ketujuh berturut-turut
Son Heung-Min, ketua pasukan kelab Tottenham baru sahaja menerima anugerah Pemain Terbaik Asia semasa beraksi dengan Korea Selatan di Piala Asia.
Tottenham ikat Radu Dragusin, Eric Dier kian hampir ke Bayern Munich
Tottenham melengkapkan perpindahan pertahanan tengah, Radu Dragusin, daripada Genoa dan perpindahan itu menyaksikan Eric Diew kian pasti untuk menyertai Bayern Munich.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa