Ketua jurulatih Tottenham, Ange Postecoglou, telah memberi amaran sebarang cadangan untuk memperkenalkan kad biru dan 'sin-bins' akan memusnahkan bola sepak.

Ia telah didedahkan pada hari Khamis bahawa peraturan baru itu bakal dimulakan tidak lama lagi di mana kad biru akan dilayangkan untuk perbezaan pendapat dan kesalahan profesional di mana pesalah akan dibuang padang selama 10 minit.

Bagaimanapun, Postecoglou tidak berbelah bahagi dalam kepercayaannya ia akan menjadi satu langkah yang salah.

“Satu pasukan diturunkan kepada 10 pemain selama 10 minit, anda tahu apa yang akan dilakukannya kepada permainan kami? Ia akan memusnahkan bola sepak,” tegas Postecoglou.

"Anda akan mempunyai satu pasukan hanya bertahan, membuang masa selama 10 minit menunggu seorang lagi pemain mereka untuk kembali ke dalam padang.

“Setiap sukan lain cuba melakukan sesuatu yang baru. Apa yang dilakukan ini adalah sesuatu yang pelik."