Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya Jude Bellingham akan menemui semula sentuhan emasnya di hadapan gawang.

Bellingham memulakan karier yang cemerlang di Madrid selepas perpindahan musim panas daripada Borussia Dortmund dan menyumbangkan 16 gol dalam separuh pertama musim ini.


Dia kemudian sekadar meledak empat kali sejak awal tahun ini dan penyudah terakhirnya berlaku dua bulan lalu, na,un Ancelotti yakin rentak jaringannya akan pulih tidak lama lagi.

Bercakap menjelang kunjungan LaLiga ke Mallorca, Ancelotti memberitahu sidang akhbar: “Gol yang dia jaringkan telah merosot sedikit.



“Dia mengejutkan semua orang dengan mencipta 20 jaringan di bahagian pertama musim ini. Kini dia menjalankan tugasnya sebagai pemain tengah atau pemain nombor 10, dia bukan penyerang tengah.

“Tahap prestasinya tidak menurun. Dia tidak kekurangan apa-apa. Lambat-laun dia akan kembali menjaringkan gol lagi.”