Kehangatan Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia 2024 semakin terasa dengan bermulanya program akar umbi serta klinik yang akan menjelajah ke sekolah dan negeri-negeri terpilih.
Dalam program baru-baru ini, seramai 200 pelajar telah menyertai Klinik Sepak Takraw League (STL) yang pertama kali diadakan di Sekolah Kebangsaan TTDI 1, Kuala Lumpur.
Penganjuran itu adalah kerjasama bersama Klinik Penggalakan Sukan Sepak Takraw anjuran Bahagian Sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Klinik STL 2024 ini adalah cetusan program yang dianjurkan daripada Kejohanan STL, inisiatif bersama Astro dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang telah pun memasuki satu dekad penganjurannya pada tahun ini.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, “Selepas pertama kali mengadakan Klinik STL dan mendapat sambutan hangat oleh pelajar-pelajar sekolah pada tahun lalu, kami mengambil peluang untuk mengandakan lagi kemeriahannya pada tahun ini.
"Kami amat berbesar hati dengan sokongan dana yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan kerjasama pihak KPM yang memainkan peranan selaku pendokong penting dalam memacu melestarikan pembangunan akar umbi khususnya sukan sepak takraw.”
“Melalui data penilaian penonton di STL, sebanyak 18 peratus penonton berumur 14 tahun kebawah dan 43 peratus pula berumur 25 tahun kebawah dengan rata-rata penonton STL yang hadir ke stadium pula adalah generasi muda dan anak-anak kecil bersama keluarga.
"Kami melihat penganjuran Klinik STL untuk generasi muda ini mampu memberi pendedahan serta menjadi platfom pembangunan dan pencarian bakat untuk digilap, seterusnya melahirkan atlit berprestasi tinggi atau jaguh sukan di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.” katanya.
Lokasi seterusnya bakal diadakan di lima buah lokasi terpilih sekitar Selangor, Terengganu, dan Perak dengan bakat-bakat cilik berpeluang untuk berjumpa pemain-pemain profesional STL untuk mempelajari asas dalam sukan itu.
Ikuti perkembangan lanjut kejohanan STL di laman Instagram rasmi STL; stl.my dan facebook rasmi; SepakTakraw League.
Saksikan aksi terulung STL 2024 dengan lebih kemeriahan dan penuh memukau di semua platform Astro & Sooka.
Saufi Tahir
Mon Aug 26 2024
Kerajaan perkasa pembangunan bakat sukan dalam kalangan anggota badan beruniform -- TPM
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan bilangan 2 bagi tahun 2024.
Belanjawan 2025: Peruntukan sukan permotoran turut dalam radar KBS -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan selain bajet RM 230 juta yang diberikan untuk pembangunan sukan secara keseluruhan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, peruntukan sukan permotoran turut berada dalam radar Kementerian Belia Sukan (KBS).
Olimpian, Paralimpian negara terima imbuhan RM10,000
Seramai 56 atlet yang beraksi di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 diraikan dalam satu majlis penyerahan penajaan hadiah insentif, hari ini.
Para Sukma Sarawak 2024: Selangor manfaat inisiatif I-Talent KBS
Menjelang Para Sukma Sarawak 2024 bermula hujung minggu ini, kontinjen Selangor memanfaatkan sepenuhnya Program Inisiatif I-Talent anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi melahirkan lebih ramai atlet muda di peringkat akar umbi.
KBS perjuangkan bajet atlet para
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan permohonan peruntukan lebih RM10 juta kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan pemerkasaan pembangunan atlet para negara di bawah Program Podium.
Kelayakan Piala Dunia: KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM bantu Palestin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang menyediakan gelanggang berkecuali buat Palestin menentang Jordan bagi perlawanan kedua Kumpulan B, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia malam tadi.
Program akar umbi klinik STL bakal jelajah ke sekolah, negeri terpilih
Kehangatan Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia 2024 semakin terasa dengan bermulanya program akar umbi serta klinik yang akan menjelajah ke sekolah dan negeri-negeri terpilih.
LTdL 2024: Tourism Malaysia teruskan kerjasama strategik, pegang jersi Polka Dot Raja Bukit
Penganjur Petronas Le Tour de Langkawi 2024, Majlis Sukan Negara (MSN) meneruskan kerjasama strategik serta menjadi pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit tahun ini.
Malaysia materai MoU dengan India bagi pembangunan belia dan sukan
Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Mohamad Hasan, mewakili Malaysia dalam materai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan malaysia dan Kerajaan India yang diwakili Pesuruhjaya Tinggi India, TYT B.B Reddy, dalam bidang belia dan sukan di Hyderabad House, New Delhi, India.
Paris 2024: Terbang ke Paris dengan paluan kompang, pakaian tradisional demi #KitasemuaTeamMAS
Seiring pasukan Malaysia membawa misi membutirkan pingat emas pertama dalam sejarah, peminat tempatan juga tidak mahu melepaskan peluang datang dari Tanah Air untuk menyatakan sokongan penuh kepada atlet kebangsaan dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Arteta ignores Mourinho comparison ahead of Newcastle test
Arteta: I'm not Mourinho
NBA: Cavaliers beat Lakers to move 5-0; Bronny James scores 1st NBA points
Cavs beat Lakers to move to 5-0
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton
'I couldn't ask for more' - Van Nistelrooy salutes Man Utd players after Leicester victory
Ruud: 'I couldn't ask for more'
Cooper pragmatic about disappointing defeats ahead of Ipswich clash
Preview: Ipswich Town v Leicester
Extremadura 0-4 Girona: Miovski helps injury-hit visitors into next round
Report: Extremadura 0-4 Girona
Guardiola laments injury issues for City after Spurs loss
Pep: Injuries an issue
Howe hopes high-pressing Newcastle inspired by Chelsea win
Howe hails Magpies pressing
Postecoglou lauds 'ever-evolving' Spurs after eliminating Man City
Postecoglou: Spurs always evolving
Aberdeen deliver statement win over Rangers to keep pace with Celtic
Undefeated Aberdeen maintain pace