Gol lewat daripada pemain lincah, Bernardo Silva, mengesahkan Manchester City ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan Chelsea di Stadium Wembley dalam perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris.

Manchester City yang bermula dengan agak perlahan memberikan banyak peluang berbahaya kepada pasukan Chelsea namun berjaya dipatahkan oleh kecemerlangan penjaga gol, Stefan Ortega.

Skuad kendalian Pep Guardiola tidak berputus asa mengatur serangan balas dan tetapi tidak berjaya di sudahkan dengan baik sebaliknya merugikan peluang yang terhidang.
Silva akhirnya memecahkan kebuntuan apabila mudah menampan masuk bola hasil daripada gerakan Kevin De Bruyne untuk membawa 'The Citizen' ke perlawanan akhir Piala FA.