Bayer Leverkusen meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama di Roma sekaligus memimpin separuh akhir bagi kempen Liga Europa mereka.

Gol daripada Florian Wirtz dan Robert Andrich memberikan juara Bundesliga itu bagi kemenangan kedua mereka di Itali.

Roma hanya melakukan dua percubaan ke arah gol dengan penyerang Romelu Lukaku jadi watak penting buat pasukannya sebelum digantikan selepas 80 minit.

Pemain gantian Tammy Abraham menolak peluang keemasan untuk mengurangkan defisit gol pada masa kecederaan.

selepas beberapa siri percubaan Leverkusen terus memecah kebuntuan apabila pemain pemain tengah Wirtz berjaya cetak gol ke-18 peribadinya musim ini.

Tuan rumah Roma membalas dengan pelbagai peluang tetapi tidak dapat menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Pemain tengah Andrich kemudian menggandakan pendahuluan Leverkusen pada pertengahan babak kedua, merembat ke sudut kiri atas dari jarak jauh.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah pasukan Xabi Alonso kepada 47 perlawanan dalam semua pertandingan.