Muzaffar Musa
Fri Dec 09 2022
Luis Enrique memohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022, yang turut menyaksikan dia kehilangan jawatannya.
Selepas kebuntuan jaringan sepanjang 120 minit ketika menentang Maghribi dalam pusingan 16 awal pagi kelmarin, juara edisi 2010 itu tersingkir dalam penentuan sepakan penalti.
Kontrak Luis Enrique sepatutnya tamat pada penghujung kejohanan itu dan Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan malam tadi bahawa dia tidak akan kekal selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkenaan.
RFEF selepas itu mengumumkan bahawa Luis de la Fuente akan mengambil alih tanggungjawab itu, di mana dia sebelum ini menguruskan skuad B-21 Sepanyol.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Luis Enrique memberikan penghargaan buat kesemua yang telah membantunya sepanjang mengendalikan Sepanyol sambi menggesa setiap penyokong pasukan itu untuk terus teguh di belakang De La Fuente.
"Ia bermula empat tahun lalu dan betapa cepatnya masa berjalan," kata Luis Enrique dalam satu ciapan Twitter.
"Saya hanya boleh berbanyak terima kasih kepada mereka yang melantik saya sebanyak dua kali (presiden, Rubiales, dan pengarah sukan, Molina), kepada semua pekerja RFEF, yang banyak kita kongsikan pengalaman, dan sudah pasti buat kesemua pemain yang telah menunjukkan teladan dalam kelakuan mereka dan percaya kepada idea yang diketengahkan.
"Saya mohon maaf, saya tidak dapat membantu lagi.
"Ia merupakan sesuatu yang amat istimwa untuk menjadi sebahagian daripada ini.
"Yang terakhir buat penyokong yang telah bersatu hati menunjukkan sokongan buat kami setiap masa, terutama pada waktu yang paling sukar.
"Sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan kes ini merupakan hanya sedikit cerminannya... apa yang pasukan ini perlukan adalah sokongan sepenuhnya agar Luis de la Fuente dapat mencapai segala yang diinginkan," katanya.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Clayton cukupkan kuota import Perak
Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula Liga Super, jendela perpindahan pemain dilihat semakin menarik apabila hampir semua pasukan berlumba-lumba menandatangani penyerang prolifik untuk memantapkan jentera serangan masing-masing.
Pramusim: PDRM, KL City sama hebat
PDRM gagal meraih kemenangan meskipun mendahului dengan dua gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City), dalam perlawanan pramusim di Stadium Selayang sebentar tadi.
Battle Of The Reds: Lagenda Liverpool masih bertenaga
Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Lagenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
SAC 2024: Young Elephants tekad bangkit berdepan Selangor
Pengendali Young Elephants FC, Phoutpasong Sengdalavong, mengambil pendekatan realistik untuk bangkit dalam perlawanan kedua menentang pasukan tuan rumah, Selangor, pada ahad.
Pramusim: Perak raih kemenangan tipis atasi Kedah
Perak meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan pramusim di Ipoh sebentar tadi.
PDRM tekad janjikan saingan hebat -- Amir Saiful
Pertahanan pasuka PDRM, Amir Saiful Badeli, tidak gentar untuk berdepan pasukan Kuala Lumpur City (KL City), walaupun mereka mempunyai nama-nama hebat termasuk pemain kebangsaan, Brendan Gan.
Info siaran redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: PDRM, Perak sedia gempur Liga Super
Segmen khas redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M bakal disiarkan secara langsung dalam Nadi Weekend malam ini jam 11.30 malam dengan fokus kepada PDRM dan Perak, yang bakal menandatangani penggempur baru bagi menghadapi saingan Liga Super, bulan depan.
EPL: Liverpool tidak akan jadi juara -- Legenda Liverpool
Dalam keterujaan pasukan Liverpool ingin menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) legenda The Reds, John Arne Riise berpendapat bahawa pasukan itu tidak akan menjadi juara kerana peluang keemasan telah dilepaskan dan Manchester City berpeluang meraih trofi itu.
Peminat Selangor tidak 'kumpau', Faisal Halim hulur duit raya
Usai tamat perlawanan Selangor KUSEL Asia Challenge 2024, Faisal Halim sempat meluangkan masa bertemu penyokong The Red Giant untuk menghulurkan duit raya dengan sampul eksklusif miliknya.
EPL: 'Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?' Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp enggan menilai musim terakhirnya di Liverpool setakat ini, walaupun ia kelihatan semakin hampir menemui kegagalan.
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
Report: Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr
IPL: Royals extend lead at the top after Samson and Jurel see off LSG
Samson and Jurel secure win
Chelsea Women 0-2 Barcelona Femeni (1-2 agg): Holders reach Champions League final again
UWCL Report: Chelsea 0-2 Barcelona
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart: Last-gasp equaliser preserves champions' unbeaten run
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart
Madrid Open: Nadal roars to victory against De Minaur
Nadal roars to victory
Everton 1-0 Brentford: Toffees join Bees in ensuring Premier League status
Report: Everton 1-0 Brentford