SINGAPURA 0 VIETNAM 2

Vietnam hanya selangkah lagi untuk ke final Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) apabila menewaskan Singapura 2-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Di sebalik kelebihan sebagai tuan rumah buat Singaura, The Lions bergelut untuk memanfaatkan peluang yang ada dan mereka membenarkan Vietnam untuk menguasai penghujung permainan.

Percaturan itu jelas mengundang padah apabila mereka dibolosi dua gol dalam waktu kecederaan.

Nguyen Tien Linh tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Naga Emas di depan pada minit ke-101.

Tidak cukup dengan itu, Rafaelson menambah satu lagi jaringan buat pelawat menerusi tandukannya yang menewaskan penjaga gol, Izwan Mahbud, hanya berselang empat minit.

Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Phu Tho pada hujung minggu ini.