Saufi Tahir
Sun Nov 17 2024
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, berasakan perlawanan persahabatan menentang India merupakan aksi penting memandangkan skuad negara akan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.
Dia mahu terus fokus untuk meraih keputusan positif dengan 23 pemain yang dibawa ke di Hyderabad menjelang perlawann persahabatan Tier 1 itu esok sekali gus waspada dengan ancaman India yang mahu menamatkan kemarau kemenangan.
Untuk rekod, pertemuan terakhir berdepan pasukan di tangga ke-125 dunia itu berpihak kepada skuad kebangsaan apabila menang 4-2 ketika pentas akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lepas ketika dibawah kendalian Kim Pan-gon.
Harimau Malaya menewaskan Laos 3-1 di Bangkok, Khamis lalu.
"Kami baru tiba pagi ini, kami berasa gembira setelah mendapat jemputan daripada pasukan India. Perlawanan ini sangat penting buat kami memandangkan kami dalam persediaan untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.
"Semestinya India mahu bangkit kembali dan saya percaya kami akan melalui aksi yang sukar menjelang pertembungan esok nanti. Ini adalah persaingan dan peluang yang baik untuk kami esok.
"Piala ASEAN akan bermula lagi dua minggu dan memang benar kejohanan ini bukan dalam kalendar FIFA dan kemungkinan akan ada muka baru nanti tetapi saya mahu fokus perlawanan ini terlebih dahulu.
"Kami mempunyai pemain bagus tanpa mengira siapa yang ada mahupun tidak ada di sini, saya berasakan kami perlu fokus dengan pemain yang kami ada dan bersedia untuk beraksi dengan baik dan cuba dapatkan keputusan yang positif." katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.
Harimau Malaya: Apa akan berlaku 15 Disember ini?
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik satu pelan mengenai struktur terbaru pasukan Harimau Malaya menerusi Intagramnya, semalam.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Yaman uji Harimau Malaya sebelum kejohanan?
Harimau Malaya dan Yaman kelihatan bakal bertemu buat kali pertama sejak 2014 menerusi satu perlawanan persahabatan tahun ini.
'Harimau Malaya perlu cemburu dengan Indonesia'
Skuad Harimau Malaya perlu rasa cemburu dengan kejayaan dan pencapaian baik yang sedang dilakar Indonesia di pentas bola sepak antarabangsa.
Naturalisasi adalah realiti bola sepak moden, kata Pau Marti
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, mempertahankan pemain-pemainnya yang sudah bertungkus-lumus mencipta peluang ketika berdepan India dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 di Hydrabad, malam tadi.
Ranking Harimau Malaya lonjak tinggi
Kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka melonjak susulan kemenangan ke atas Laos dan seri menentang India dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 bulan ini.
Malaysia lawan India: Mata FIFA jadi buruan!
Stadium Gachibowli, Hyderabad India bakal menjadi medan buat skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente turun buat kali kelima di bawah jurulatih itu dengan mata ranking FIFA menjadi buruan.
Stadium Gachibowli ubat kerinduan Dion Cools dengar sorakan penyokong
Dion Cools teruja untuk beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong yang dijangka hadir ke Stadium Gachibowli, malam ini.
Piala FA Thailand: Tugasan bersama Harimau Malaya, Buriram United lupakan khidmat Dion Cools
Buriram United terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools, bagi menghadapi kelab divisyen ketiga, Roi Et, dalam pusingan kedua Piala FA Thailand yang akan berlangsung esok petang.
Persahabatan Antarabangsa: Pau Marti waspada misi balas dendam India
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Martí Vicente, berasakan perlawanan persahabatan menentang India merupakan aksi penting memandangkan skuad negara akan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.
Persahabatan antarabangsa: India sasar jadikan Malaysia mangsa pertama tamat kemarau kemenangan
Skuad bola sepak India menyasarkan kemenangan ke atas Malaysia bagi menamatkan kemarau kemenangan sejak setahun lalu dan memburu kemenangan pertama sejak dibimbing ketua jurulatih, Manolo Marquez.
LAFC must leave ‘egos at the front door’ for Sounders clash, says Cherundolo
Preview: LAFC v Seattle Sounders
France 37-23 Argentina: Les Bleus wrap up campaign with third win
Report: France 37-23 Argentina
Plymouth Argyle 2-2 Watford: Two-goal Gray rescues point for Rooney's side
Report: Plymouth Argyle 2-2 Watford
Paris Saint-Germain 3-0 Toulouse: Neves stars in comfortable home win
Report: PSG 3-0 Toulouse
Bayern Munich 3-0 Augsburg: Hat-trick hero Kane smashes Bundesliga record
Report: Bayern 3-0 Augsburg
Messi 'will be our No.10 in 2026', hopes Inter Miami chief Mas
Inter Miami hint at Messi stay
Man United could be without Toone until Christmas, says Skinner
Toone sidelined with thigh injury
Haaland has 'full trust' in Guardiola to halt Man City slump
Full trust in Guardiola - Haaland
Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah: Aubameyang winner ends hosts' unbeaten run
Report: Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months