Ekoran insiden pertelingkahan bersama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dalam perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Perak, Tommy Mawat Bada terima kecaman berunsur perkauman di sosial media.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh bekas pertahanan Sabah menerusi Instagramnya sambil menegur individu tersebut untuk menghentikan sentimen berbaur pergaduhan itu.




"Jika marah sekali pun, jangan sesekali mengaitkan soal keluarga dan kaum. Saya dilahirkan sebagai seorang Dayak.

"Saya sangat berbangga dengannya sehingga hari ini," jelasnya.