Pingat Olimpik bukanlah berita paling menggembirakan kepada perenang Amerika Syarikat, Ryan Murphy, yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100m kuak lentang lelaki, semalam di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketika Murphy turun dari podium untuk menyambut isterinya, Bridget Konttinen, dia telah mendapat berita yang serta-merta menjadi keutamaan baginya.

Konttinen membentangkan papan tanda hitam-putih yang berbunyi, "RYAN IT'S A GIRL," mendedahkan kepada Murphy jantina anak pertama pasangan itu.


"Ia merupakan teka-teki buat kami selama beberapa minggu dan sekarang kami telah sudah mengetahuinya. Saya rasa perkhabaran ini benar-benar membawa kejayaan ini ke tahap yang berbeza."

Pingat emas acara kuak lentang 100m dimenangi oleh Thomas Ceccon dari Itali sementara wakil China, Xu Jiayu meraih perak.