Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedia berbincang dengan Yonex bagi menambah baik pakaian rasmi kontinjen Malaysia menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, MOM mengambil maklum kontroversi berhubung reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia dan majlis pelancarannya di The Exchange (TRX), bersempena penganjuran sambutan Hari Olimpik Sedunia pada hari Ahad, 23 Jun 2024 yang lalu.
Sebagai badan yang menguruskan pendaftaran dan penyertaan atlet, jurulatih dan pegawai di semua Temasya Pelbagai Sukan, MOM mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekeliruan yang berlaku.
Bagi menjelaskan perkara ini, MOM ingin memaklumkan bahawa Yonex merupakan penaja pakaian rasmi Kontinjen Malaysia sejak 2014.
Corak dan reka bentuk serta motif pakaian dikeluarkan pada setiap kitaran baharu penajaan MOM, kebiasaannya bermula daripada Sukan SEA dan berakhir di Sukan Olimpik seperti rekaan baju Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dipakai sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020.
MOM menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk pandangan atlet yang berpendapat motif dan reka bentuk untuk penyertaan di temasya berprestij seperti Sukan Olimpik yang menjadi pentas tertinggi penampilan atlet negara, memerlukan pembaharuan.
Reka bentuk untuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia akan melalui kitaran baharu bermula dengan Sukan SEA Thailand 2025 hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Berhubung logo MOM yang memaparkan bendera Malaysia sedang berkibar, ia adalah sebahagian daripada logo MOM yang merangkumi kibaran bendera Malaysia bersama lima gegelung Olimpik.
Ia bukanlah bendera Malaysia atau Jalur Gemilang yang dipinda atau diubah suai sesuka hati. Apabila digunakan dalam versi lima warna atau polychrome, warna lima gegelung tersebut dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau dan merah. Biru, hitam dan merah di sebelah atas, manakala kuning dan hijau di sebelah bawah. Versi lima warna hanya boleh digunakan pada latar belakang putih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Andai latar belakang tersebut adalah selain daripada putih, versi monochrome atau satu warna mesti digunakan. Sebagai contoh jika latar belakang hitam, logonya hendaklah digunakan dengan warna contrast satu warna sahaja seperti putih, kuning atau biru.
Niat asal pasukan reka bentuk memaparkan corak dan reka bentuk untuk jaket yang dilancarkan bertemakan warna emas yang digabungkan dengan hitam berserta logo MOM berwarna emas dianggap menjadi simbol paling tepat mencerminkan aspirasi Kontinjen Malaysia membawa pulang emas pertama buat Malaysia.
Versi emas logo MOM yang menggabungkan kibaran bendera dan lima gegelung Olimpik menepati garis panduan IOC. Bagaimanapun MOM, selaku badan bukan Kerajaan, yang tidak berasaskan keuntungan, yang diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 206 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) oleh IOC sejak 1954, MOM mengamalkan dasar terbuka.
Selepas mengambil kira maklum balas daripada semua pihak, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan para peminat sukan negara, MOM akur bahawa reka bentuk jaket rasmi tidak diterima dengan baik.
Oleh yang demikian, MOM memutuskan untuk menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau yang lebih jelas di jaket serta logo MOM yang yang berwarna bagi menghormati status Jalur Gemilang.
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
Sesungguhnya MOM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemegang taruh dan peminat sukan secara umumnya yang mengambil berat terhadap majlis pelancaran dan reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 dengan memberi teguran dan pandangan yang membina.
Ammar Hakim
Fri Jun 28 2024
Norza Zakaria sah bergelar Naib Presiden Majlis Olimpik Asia
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, sah bergelar Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Asia Tenggara untuk penggal 2024-2028.
MOM alu-alukan keputusan kerajaan jadi tuan rumah Sukan SEA 2027
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengalu-alukan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
MOM sedia jadi orang tengah isu kewangan atlet pelayaran
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifudin Najib, terkejut andai benar ada isu kewangan yang berlaku melibatkan persiapan atlet negara ke Sukan Olimpik Paris lalu seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Paris 2024: Norza bangga lihat semangat juang Aniq Kasdan
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, meluahkan rasa bangga melihat semangat juang yang ditonjolkan badang negara, Aniq Kasdan walaupun terlepas daripada membawa pulang pingat buat negara.
Paris 2024: Tuah promosi baju, MOM taja ke Paris #KitaSemuaTeamMAS
Seiring kem badminton negara mempamerkan belang sambil menunjukkan prestasi membanggakan, peminat dari serata dunia turut kagum dengan persembahan atlet Malaysia yang menyaksikan secara langsung di bumi Perancis di Sukan Olimpik Paris 2024.
Paris 2024: Anggota kontinjen negara ambil langkah waspada di Perancis
Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi jaminan keselamatan setiap anggota kontinjen negara diutamakan sepanjang cabaran memburu emas di Perancis.
Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia
Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria, bakal dilantik sebagai naib presiden bagi Asia Tenggara dalam Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di New Delhi, India pada 8 September depan.
Paris 2024: Kontinjen negara terima perlindungan insurans Allianz
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan bahawa Allianz Malaysia Berhad, rakan kongsi insurans rasminya, akan memberikan perlindungan kepada seluruh kontinjen Malaysia yang akan bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bermula minggu depan.
Paris 2024: Kontinjen Malaysia guna rekaan Rizman Ruzaini dalam pembukaan -- CDM
Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini, dalam perarakan majlis perasmian Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai ini.
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedia berbincang dengan Yonex bagi menambah baik pakaian rasmi kontinjen Malaysia menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
Singapore Grand Prix: Confident Piastri ready to help Norris fight for championship
Singapore Grand Prix: Race preview
Latham and Williamson lead charge as New Zealand close gap on Sri Lanka
New Zealand close gap on Sri Lanka
Ashwin century leads India revival after difficult start against Bangladesh
Ashwin century leads India revival
Taylor: Man City know 'exactly what we have to do' to win WSL title
Taylor urges Man City to 'kick on'
Raducanu roars through to Korea Open quarter-finals
Raducanu reaches Seoul last eight
Stokes to have scan on hamstring injury before Pakistan tour
Stokes to have scan before Pakistan
Martin hopes to take fighting spirit to Ipswich after Cup victory
Preview: Southampton v Ipswich
O'Neil looking to flip the script against Villa after tough start to season
Preview: Aston Villa v Wolves
Michel proud Girona's Champions League bow despite late defeat
Michel proud of Girona's UCL debut
'Worse than giving birth' - Luis Enrique notes tough nature of PSG win
Enrique found PSG's win hard