Pemain badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B di Porte de La Chapelle Arena di sini, pada Sabtu.
Muhammad Fareez bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21, sebelum berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.
Pemain berusia 28 tahun yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik itu mengakui permainannya agak perlahan pada set pertama kerana kerap memikirkan untuk memenangi perlawanan dan mengungguli kumpulan.
"Fikiran saya terganggu pada set pertama terlalu fikirkan nak menang kumpulan dan set kedua jurulatih (Nova Armada) beritahu cepatkan permainan dan saya all out dalam set seterusnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di zon campuran.
Atlet dari Johor itu yang mengalami kecacatan siku kanan akibat kemalangan motosikal pada usia 15 tahun bagaikan tidak percaya mampu mara ke separuh akhir, selepas diundi dalam kumpulan maut bersama pemain nombor dua dunia, Fang Jen-Yu dari Taiwan dan pemain ketiga terbaik dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
"Pencapaian ke separuh akhir sudah cukup baik buat saya. Saya turun di sini sebagai bukan pilihan sahaja namun Alhamdulillah semua perlawanan saya dapat atasi dengan sebaiknya," katanya.
Khamis lepas, pemain nombor empat dunia itu mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua Jen-Yu 21-14, 21-18 diikuti kemenangan ke atas Anrimusthi yang juga juara Sukan Para Asia Hangzhou 2022, 14-21, 21-19, 21-19, semalam.
Dalam pada itu, Anrimusthi mengikut jejak langkah Muhammad Fareez ke separuh akhir dengan mengatasi Jen-Yu, 21-14, 21-18, untuk muncul naib juara Kumpulan B.
Sementara itu, cabaran Muhammad Ikhwan Ramli yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki WH1 (kecacatan fizikal) berakhir apabila gagal melepasi Kumpulan B untuk mara ke suku akhir selepas tewas mudah 7-21, 4-21 kepada Qu Zi Mo dari China dalam masa 21 minit.
Noor Azwan Noorlan, yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki WH2 (kecacatan fizikal) juga mengharungi kempen sulung yang mengecewakan apabila tewas kepada Ho Yuen Chan dari Hong Kong, 11-21, 11-21, selepas dikalahkan wakil Chile, Jamie Aranguiz, 15-21, 13-21 pada Jumaat bagi aksi Kumpulan D.
Terdahulu, Muhammad Ikhwan yang bergandingan bersama Noor Azwan dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) melakar kemenangan sulung mereka di sini ke atas Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider dari Jerman 21-19, 21-17, pada aksi Kumpulan B.
Bagaimanapun, mereka tersingkir awal selepas tumpas kepada pasangan Jepun Daiki Kajiwara-Hiroshi Murayama 21-17, 13-21, 16-21 dan beregu China Qu Zi Mo-Mai Jianpeng 16-21, 6-21.-Awani
Ammar Hakim
Sat Aug 31 2024
Petronas Terbuka Malaysia: Terima kasih Kian Meng! Aksi terakhirnya bersama Pei Jing di Axiata Arena tewas kepada wakil Jepun
Perjalanan beregu campuran profesional negara terhenti seawal pusingan 32 akibat tumpas kepada pasangan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin tewas melawan!
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, ditunjukkan jalan keluar dari Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 oleh lawan dari Taiwan, Ming Chu Lu-Hung En-Tzu, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Pilihan kelima kejohanan dari Indonesia singkir Tien Ci-Chiew Sien
Beregu campuran profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sin, tewas dalam saingan pusingan 32, Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 kepada lawan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, di Axiata Arena, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Pusingan 32
Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 akan membuka tirai bermula jam 9 pagi dengan semua wakil negara bakal berjuang membawa nama negara dalam pusingan 32 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, hari ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Kian Meng umum persaraan, All England jadi penampilan terakhir bersama Pei Jing
Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng, sah mengumumkan persaraannya daripada arena badminton ketika menghuni kedudukan ke-15 dunia bersama pasangannya, Lai Pei Jing.
Petronas Terbuka Malaysia: Siapa pun beregu nombor satu negara, tetap bawa nama Malaysia -- Aaron Chia
Beregu lelaki negara, Aaron Chia, mengambil positif perkembangan semasa prestasi beregu lelaki negara yang semakin meningkat naik daripada masa ke semasa menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai esok.
Petronas Terbuka Malaysia (Live Streaming): Sesi latihan rasmi pemain badminton negara
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sesi uji gelanggang rasmi skuad negara menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan skuad negara bakal turun dengan misi mengakhiri bad kejuaraan sejak 2018.
Petronas Terbuka Malaysia: Tangan Aaron Chia berbalut, Jonassen seru penyokong bersabar
Pemain beregu negara, Aaron Chia, dilihat menerima balutan di tangan kanannya sebelum memulakan sesi latihan di Axiata Arena menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025, esok.
Saya tidak berniat jadi jurulatih -- Tan Boon Heong nafi 'dirisik' BAM
Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, menafikan dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggantikan bekas jurulatih bahagian beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Petronas Terbuka Malaysia: Shevon Lai harap BWF nilai semula peraturan baru
Pemain beregu campuran negara, Shevon Lai, berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dapat menilai semula peraturan rawatan baru menjelang saingan Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata minggu depan.
NBA: Magic hand Knicks third straight loss
NBA: Magic extend Knicks' slump
Man Utd 'disrespected' before Liverpool clash - Van Dijk
Man Utd 'disrespected' - Van Dijk
Conceicao caps remarkable first week with Supercoppa success
Conceicao hails Milan character
Nuno urges Forest to 'stay humble' amid Premier League winning run
Nuno: Forest will stay humble
Queens Park Rangers 2-1 Luton Town: Bizarre Fox winner raises pressure on Edwards
Report: QPR 2-1 Luton
'Modric a gift for football' - Ancelotti champions Madrid midfielder after Minera goal
'Modric a gift for football'
Wolves 0-3 Nottingham Forest: Nuno's high-flying side move level with Arsenal in second
Report: Wolves 0-3 Forest
Inter 2-3 AC Milan: Abraham last-gasp strike snatches Supercoppa Italiana glory
Report: Inter 2-3 Milan
'Baffled' Masood rues lbw dismissal in South Africa defeat
Masood rues lbw dismissal
Minera 0-5 Real Madrid: Guler and Modric on target as Ancelotti's side cruise into last 16
Report: Minera 0-5 Real Madrid