Menjelang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia pada Sabtu ini, jurulatih renang kontinjen Kuala Lumpur, Daniel Bego, mengharapkan momentum terbaik semua atlet daripada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 mampu dikekalkan do kejohanan itu juga.

Daniel menyatakan anak buahnya berada dalam keadaan yang baik dan akan mengekalkan momentum bagi menghadapi Kejohanan MSSM ini selain mengharapkan anak buahnya mampu membuktikan dengan pencapaian.

"Prestasi atlet sekarang dalam keadaan baik begitu juga ketika di Sukma, saya perlu menasihati mereka dari aspek latihan, tidur dan pemakanan akan lebih terjaga.

"Memang MSSM merupakan platform terbaik buat atlet muda berikan aksi di tahap tertinggi mereka," katanya.

Dalam pada itu, perenang Kuala Lumpur, David Lee, yang baru sahaja habis menjalani ujian percubaan SPM berharap mampu memecahkan rekod peribadinya di kejohanan itu nanti.

"Persediaan saya tidak begitu baik kerana baru tamat ujian percubaan SPM, jadi tidak cukup masa untuk berlatih." katanya.