Pemain tengah Manchester United, Casemiro, berasakan bakat yang ada pada pemain bintang Paris Saint Germain (PSG) mengingatkan dirinya kepada bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo suatu ketika dahulu.

Mbappe kini dalam tahun terakhirnya bersama PSG dan dikhabarkan bakal melengkapkan perpindahannya ke kelab gergasi Sepanyol, Read Madrid.



"Mbappe banyak mengingatkan saya kepada Cristiano Ronaldo, apabila dia beraksi di atas padang dia sangat bahaya dan juga ketika berada di hadapan gawang gol.

"Cristiano seperti itu, dia mengetahui matlamatnya. Anda perlu risau kerana dia akan menjaringkan gol. Mbappe merupakan salah satu pemain yang bagus ketika ini. Sangat laju dan pintar dan dia mempunyai langkah yang bagus dan dia sangat merbahaya..

"Mereka adalah pemain bintang dan Mbappe mempunyai itu. Ketika berdepan Barcelona tempoh hari, dia tidak bermain dengan baik tetapi dia menjaringkan dua jaringan gol." katanya.