Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas di pusingan 32 Masters Jepun selepas tewas straight set 15-21, 12-21 di Kumamoto, sebentar tadi.

Wakil dari Thailand, Dechapol Puavaranukro-Supassara Paewsampran, selaku lawan bukan pilihan berjaya mengejutkan pasangan negara untuk layak ke peringkat seterusnya.

Tang Jie-Ee Wei mempamerkan kebangkitan untuk mengejar sehingga 8-9 di set pertama, namun usaha mereka tidak berhasil susulan pihak lawan menghampiri mata 18-12 sebelum akur dengan keputusan jelas 15-21.



Memasuki set kedua, ketinggalan 0-6 menghukum keseluruhan permainan juara Terbuka Korea itu, sekali gus terpaksa menyerah kalah dengan kekalahan 12-21 dalam tempoh 32 minit.

Sementara itu, nasib berbeza buat gandingan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menempuh jalan berliku sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan 16.

Meskipun mendahului 17-14, gandingan ranking ke-367 dunia itu memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh wakil negara untuk memenangi set pertama 21-18.



Pasangan suami isteri itu melakukan kebangkitan segera apabila mendominasi permainan di set kedua dengan jurang mata yang jauh 14-5, sekali gus menghidupkan peluang dengan mengikat aksi kedua 21-12.

Gandingan ranking ke-10 dunia itu tidak menunggu lama untuk mengutip mata 14-10 dan menamatkan pertarungan yang berlangsung selama 54 minit itu dengan kemenangan di set ketiga 21-14.