Juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dikejutkan oleh gandingan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, di pusingan 16 Master Jepun di Kumamoto, sebentar tadi.

Pertembungan kali kedua itu menyaksikan pasangan beregu lelaki di ranking ke-40 tersebut berjaya mencatatkan kemenangan sulung berdepan juara Terbuka Finland dalam tempoh 36 minit.



Pilihan kelima kejohanan tersebut terpaksa berputih mata susulan tewas dalam pertarungan straight set 9-21, 21-23, sekali gus gagal mara ke suku akhir kejohanan bertaraf 500 itu.

Selepas ini, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan menunggu lawan sama ada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, atau wakil dari Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin di peringkat seterusnya.