Muzaffar Musa
Tue Nov 10 2020
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, tidak mahu memanggil semula dua pemain berpengalaman Bayern Munich, Thomas Muller dan Jerome Boateng, selain bintang Borussia Dortmund, Mats Hummels.
Low mencetus berang ketiga-tiga pemain itu pada Mac tahun lalu di mana dia menyingkirkan mereka kerana mahu membina skuad masa depan selepas Jerman beraksi buruk dalam Piala Dunia 2018.
Pemain tengah, Muller (100), pertahanan, Boateng (76) dan Hummels (70), telah menghimpunkan 246 penampilan buat Jerman dan merupakan sebahagian skuad yang menjuarai Piala Dunia pada 2014 tetapi trio berkenaan kesemuanya sudah menjangkau usia lebih 30 tahun.
Jerman sudah mengesahkan tempat dalam Euro 2020 tetapi bahagian pertahanan mereka kelihatan goyah dalam beberapa perlawanan lalu dan terdapat andaian bahawa Boateng dan Hummels berkemungkinan akan dipanggil semula.
Bagaimanapun, Low menegaskan dia tidak akan memanggil semula tiga pemain itu melainkan ia adalah situasi mendesak.
"Kami sebelum ini memutuskan untuk tidak memlih pemain ini dan tiada apa yang berubah ketika ini," kata Low kepada Kicker.
"Kami tidak boleh berpatah balik, mereka pemain yang hebat dan berkelas.
"Jika ada situasi baru yang perlu kami hadapi tahun depan kerana kegagalan pemain utama, saya akan menilai dengan sewajarnya dan memikirkan senario alternatif," katanya.
Jerman akan bertemu Republik Czech dalam perlawanan persahabatan awal pagi Khamis ini sebelum bertemu Ukraine dan Sepanyol dalam Liga Negara-Negara Eropah.
UCL: Mats Hummels tekad bawa trofi pulang ke Borussia Dortmund
Mats Hummels tidak nampak alasan mengapa Borussia Dortmund tidak dapat meneruskan dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) selepas berhempas-pulas memenangi tiket separuh akhir ke dengan mengatasi Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
UCL: Tandukkan emas Hummels pastikan PSG gagal ke final
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-German
Erik ten Hag semakin 'hampir' selesaikan pertengkaran dengan Jadon Sancho
Jadon Sancho semakin hampir untuk menyelesaikan 'konfliknya' dengan Erik ten Hag selepas pegawai Manchester United mengadakan perbincangan secara bersemuka semasa tempoh pinjamannya di Borussia Dortmund.
Jurulatih Dortmund tidak pernah ragui kebolehan Jadon Sancho
Jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic berkata, dia tidak terkejut dengan kualiti Jadon Sancho selepas penyerang yang dipinjamkan itu membantu pasukan Jerman itu menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.
UCL: Jadon Sancho watak penting bantu Borussia Dortmund tewaskan PSG
Pemain pinjam Manchester United, Jadon Sancho, mengeluarkan amaran akan kualiti yang dimilikinya apabila membantu Borussia Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Bundesliga: Sidang media Xabi Alonso dibatalkan angkara bunyi penggera
Xabi Alonso menyaksikan pasukannya, Bayer Leverkusen menjaringkan gol penyamaan lewat pada minit ke-97 di Borussia Dortmund untuk meneruskan rekod tanpa kalah mereka, namun terpaksa membatalkan sidang medianya kerana bunyi penggera.
Borussia Dortmund berminat kembali bergabung dengan Jadon Sancho
Diberitakan Dortmund dalam proses awal untuk mendapatkan Jadon Sancho secara pinjaman dari Manchester United di mana khidmatnya bakal digunakan hingga akhir musim ini dalam saingan Bundesliga
Jadon Sancho dilaporkan mahu kembali sertai Borussia Dortmund
Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho, dilaporkan mahukan peluang untuk kembali ke Borussia Dortmund Januari ini.
Bundesliga: Marcel Sabitzer sertai Borussia Dortmund daripada Bayern Munich
Borussia Dortmund sah menandatangani pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer, daripada seteru Bundesliga, Bayern Munich.
Raphael Guerreiro sertai Bayern Munich secara percuma
Bayern Munich telah menandatangani bek kiri skuad kebangsaan Portugal, Raphael Guerreiro, secara percuma daripada Borussia Dortmund.
Gobert voted Defensive Player of the Year for 4th time
Gobert wins 4th career DPOY award
Terzic: Dortmund have made up for last season's Bundesliga failure
UCL run makes up for league failure
'I don't see why we shouldn't win' - BVB hero Hummels bullish ahead of Champions League final
Hummels bullish ahead of CL final
Veteran campaigner Hummels the hero as fine margins cost PSG
Data Debrief: PSG 0-1 BVB
'We weren't efficient' - Marquinhos bemoans PSG profligacy after Champions League exit
Marquinhos rued Paris Saint-Germain's Champions League exit, but focused on the positives of their run to the semi-finals.
Paris Saint-Germain 0-1 Borussia Dortmund (0-2 agg): Hummels header sends BVB into Champions League final
Report: PSG 0-1 BVB (0-2 agg)
Tuchel wants Bayern to discover their 'inner child' against Real Madrid
Tuchel not afraid of Real Madrid
Everton shareholders demand a decision on takeover
Everton fans want takeover decision
IPL: Royals downed by big-hitting Capitals
Royals lose again in IPL
Liam Rosenior departs Hull City after 18 months in charge
Liam Rosenior departs Hull City