Kemenangan besar Johor Darul Ta'zim di atas padang menentang Perak beri makna berbeza buat pengendalinya, Hector Bidoglio yang menyifatkan ia sebagai pengubat hati tatkala dirinya dirundung rasa sedih atas pemergian ibunya.

Lima gol hasil cetakan Romel Morales dan Bergson Da Silva jelas menunjukkan keampuhan benteng pertahanan dan kesempurnaan formasi berjaya dipamerkan oleh skuad Harimau Selatan itu.



"Saya ingin berterima kasih kepada mendiang ibu saya kerana dia menunjukkan saya erti kehidupan dan saya sangat gembira malam ini JDT menghadiahkan kemenangan yang sangat bermakna buat saya," jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Pengendali kelahiran Venezuela itu kehilangan ibunya pada Ahad susulan penyakit kanser yang dihadapi.