Kylian Mbappe mengakui dia menikmati lebih banyak 'kebebasan' ketika bermain untuk Perancis berbanding Paris Saint-Germain selepas jaringan cemerlangnya itu membolehkan juara bertahan Piala Dunia itu menang 2-0 ke atas Austria.
"Saya bermain secara berbeza di sini. Saya diminta melakukan perkara yang berbeza berbanding dengan kelab saya. Saya mempunyai lebih banyak kebebasan," kata Mbappe selepas perlawanan di Stade de France, di mana kemenangan untuk Les Bleus membolehkan mereka mengelak ancaman penyingkiran. daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara UEFA.
Gol pembukaan Mbappe disusuli dengan gol kedua daripada Olivier Giroud untuk pasukan Perancis yang menang walaupun mengalami krisis kecederaan yang berterusan.
Bintang PSG berusia 23 tahun itu perlu berkongsi tumpuan di kelabnya dengan Lionel Messi dan Neymar, dengan pemain Brazil itu kini penjaring terbanyak mereka.
"Jurulatih tahu kami mempunyai pemain nombor sembilan (Giroud) yang mampu menjejaskan benteng pertahanan lawan. Saya boleh berlari, mencari ruang dan mendapatkan bola," tambah Mbappe.
"Dengan Paris ia berbeza. Saya tidak boleh berbuat demikian. Saya diminta untuk menjadi lebih banyak pivot untuk yang lain."
Perancis kini bermain di tempat lawan menentang Denmark Isnin ini dan masih perlu menang di Copenhagen untuk memastikan mengelak daripada jatuh ke Liga B.
Jika mereka tergelincir, Austria akan menamatkan saingan di atas mereka dalam Kumpulan A1 dengan menewaskan Croatia pada masa yang sama.
Bagaimanapun, keutamaan dalam perlawanan ini adalah persediaan untuk Piala Dunia Qatar, dengan misi mempertahankan kejuaraan Perancis bermula dalam masa dua bulan sahaja lagi.
Ammar Hakim
Sat Sep 24 2022
Ralf Rangnick pilih kekal bersama Austria, tidak akan sertai Bayern Munich
Ralf Rangnick mengesahkan dia akan kekal mengendalikan pasukan kebangsaan Austria selepas Euro 2024, setelah Bayern Munich memberikan bayangan mahu mendapatkan khidmat pengendali itu.
Kelayakan Euro 2024: Belgium sahkan kelayakan selepas atasi Austria
Belgium mengesahkan kelayakan ke kejohanan utama Euro 2024 apabila mengatasi Austria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan F pusingan kelayakan di Vienna awal pagi tadi.
Liga Negara-Negara: Mbappe gembira diberikan kebebasan ketika sarung jersi Perancis
Kylian Mbappe mengakui dia menikmati lebih banyak 'kebebasan' ketika bermain untuk Perancis berbanding Paris Saint-Germain selepas jaringan cemerlangnya itu membolehkan juara bertahan Piala Dunia itu menang 2-0 ke atas Austria.
Liga Negara-Negara: Mbappe, Giroud menyerlah benam Austria
Kylian Mbappe menjaringkan gol pembukaan yang menakjubkan ketika Perancis meraih kemenangan 2-0 ke atas Austria dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Paris awal pagi tadi.
Euro Wanita: England belasah Ireland Utara, Austria tewaskan Norway untuk ke suku akhir
England merekodkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan Kumpulan A, Euro Wanita 2022 selepas membelasah Ireland Utara 5-0 awal pagi tadi sambil Austria juga akan menyertai mereka dalam suku akhir selepas menewaskan Norway 1-0.
Euro Wanita: Jaringan Mead pastikan England mulakan kempen dengan kemenangan
Jaringan Beth Mead dalam babak pertama sudah cukup untuk England memulakan kempen Euro Wanita 2022 dengan kemenangan 1-0 ke atas Austria di laman sendiri awal pagi tadi.
UNL: Rangnick anggap pemulihan Eriksen satu keajaiban
Pengurus Austria, Ralf Rangnick, menganggap sebagai satu keajaiban apabila dapat menyaksikan Christian Eriksen masih bernyawa dan dapat meneruskan karier bola sepaknya tanpa sebarang keraguan.
Liga Negara-Negara: Deschamps, Mbappe tidak bimbang dengan kedudukan Perancis
Didier Deschamps dan Kylian Mbappe kedua-duanya menegaskan mereka tidak bimbang walaupun Perancis jatuh ke tangga terbawah kumpulan Liga Negara-Negara (UEFA Nationsl League) mereka dengan keputusan seri 1-1 di Austria.
Liga Negara-Negara UEFA: Perancis jatuh ke tangga tercorot
Perancis tergelincir ke tangga terbawah kumpulan Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) susulan seri 1-1 di tempat lawan menentang Austria di Vienna awal pagi tadi.
Liga Negara-Negara: Rangnick mulakan tugas di Austria dengan tewaskan Croatia
Bekas pengurus Manchester United, Ralf Rangnick, memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria dengan penuh cemerlang selepas mengatasi Croatia 3-0 dalam aksi pertama Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi.
NBA: Knicks survive 76ers to advance, Pacers eliminate Bucks with rout
Knicks, Pacers advance to East semi
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.
D.C. United v Philadelphia Union: Gazdag eyes response after landmark goal overshadowed
Daniel Gazdag became the Philadelphia Union's all-time leading goalscorer earlier this week, but it counted for little.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham