'Masih ada perkara yang belum selesai' - itu yang ditegaskan naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, yang sedia mempertahan posisinya selaku Naib Presiden dalam Kongres Pemilihan FAM yang bakal berlangsung 15 Februari ini.

Pengerusi Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM itu juga mendedahkan, banyak rencana dengan ketua jurulatih skuad futsal, Rakphol Sainetnham, sedang diperhalusi sebelum dilaksanakan dalam masa terdekat

Persaingan merebut jawatan FAM kali ini dianggap menarik.

Sebaik wujudnya hasrat beberapa individu berminat merebut kerusi panas presiden, selepas sekian lama jawatan itu mendapat kelebihan menang tanpa bertanding melibatkan presiden terdahulu.