88 hari menuju Sukan Olimpik Paris, pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, masih lagi menanti perancangan skuad negara bagi menempuhi cabaran berliku di Kepulauan Marseille, venue bagi sukan pelayaran di Sukan Olimpik.

Pelayar berusia 30 tahun itu baru pulang dari Hyeres, Perancis, mengesahkan slot merit -- sejak pada itu, masih belum ada sebarang ketetapan rasmi mengenai pelan latihan intensif daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

Khairulnizam mahu lampu hijau untuk dirinya menyertai Coaches Regatta, perlumbaan simulasi bagi pelayar yang sudah layak ke Olimpik -- dan digunakan sebagai pentas mengukur prestasinya.

""Saya ada Coaches Regatta pada bulan depan dimana coaches yang sudah layak ke olimpik berkumpul dan berluma di situ umpama eksperimen.

"Ini pertama kali saya ke tempat ini, jika diikutkan negara lain yang lebih baik sudah pergi berlatih lebih awal tetapi negara kita sedikit lewat." kata Khairulnizam menerusi Nadi Arena.

Pelayar Olimpian negara, Nur Shazrin Mohamad Latif yang diambang diketepikan daripada Sukan Olimpik Paris ekoran kecederaan tangan kanan melibatkan urat saraf di tapak tangannya.

Kecederaan kedua melibatkan tangannya itu kembali menghantui dirinya -- malah berpotensi untuk merajut aspirasi untuk ke Paris.

"Sebelum ini kecederaan di siku dan sekarang dia sudah melarat ke tiga jari menyebabkan saya tidak dapat mengenggam dengan baik.

"Saya sedia fokus untuk penyembuhan kerana bagi saya kesihatan amat penting memandangkan Sukan Olimpik Paris berdekatan dengan saingan di Tokyo nanti.

"Jadi persediaan saya tidak begitu baik kerana kecederaan." katanya menerusi Nadi Arena.