Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan bilangan 2 bagi tahun 2024.
Menurut Ahmad Zahid, dalam satu sebaran media sebentar tadi, kerajaan telah menerima satu kertas cadangan dan satu kertas makluman, dan seperti yang diputuskan ketika mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Teringgi (High Level Committee, HLC) pada 11 Januari lalu, untuk membangunkan industri sukan, satu perancangan yang yang holistik perlu diwujudkan.
Justeru, mesyuarat berkenaan diberitahu mengenai satu inisiatif pembangunan bakat dalam kalangan anggota badan-badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), telah digerakkan.
Inisiatif itu diperlukan supaya ia seiring dengan keperluan sukan semasa seterusnya bagi mewujudkan satu ekosistem sukan berprestasi tinggi yang dinamik.
Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) berperanan untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama badan beruniform
secara berperingkat.
Mesyuarat berkenaan juga bersetuju antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah bantuan peralatan latihan dan sewaan pusat latihan agar sesi latihan dapat dilakukan secara efisyen, penganjuran kursus kejurulatihan dan sains sukan dalam kalangan pegawai dan anggota beruniform supaya lebih ramai jurulatih dari kalangan badan beruniform yang memiliki sijil yang diiktiraf dan penganjuran kejohanan tempatan dan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara supaya bakat-bakat ini dapat didedahkan dengan lebih banyak pertandingan di peringkat tempatan dan atarabangsa.
Dalam pada itu, TPM berkata badan-badan beruniform juga perlu berperanan secara aktif dan memberi fokus kepada beberapa cadangan jenis sukan yang boleh diberi perhatian.
Pemilihan jenis sukan daripada agensi uniform seperti sukan sepak takraw (BOMBA dan ATM), karate (ATM),
tinju dan ping pong (ATM), angkat berat (BOMBA), menembak dan memanah (ATM dan PDRM) turut mendapat perhatian ahli mesyuarat itu.
Kerajaan juga bersetuju untuk meletakkan anggota-anggota unit beruniform lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) untuk dimasukan dalam Program Pembangunan Bakat Sukan Dalam Kalangan Badan Beruniform.
"Akhir sekali, saya menggesa supaya satu kerjasama bersepadu antara semua pihak termasuk kementerian/jabatan/agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, ahli akademik dan setiap yang terlibat termasuk masyarakat adalah sangat diperlukan dalam usaha membangunkan ekosistem sukan untuk membangunan dan meletakkan nama Malaysia gah di persada dunia dalam acara sukan," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Oct 28 2024
Tambahan dana perkasa bakat Sukan Olimpik, KBS Masters Games perluas skop umur
Berikutan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyuntik dana tambahan kepada beberapa jenis sukan seperti memanah, angkat berat, menembak, taekwando dan lain-lain yang bakal menyusul ini adalah reaksi terbaru dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
KBS lancar TVET Sukan buat golongan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengorak langkah baru dalam usaha memperkasa tenaga mahir dalam industri sukan tanah air apabila memperkenalkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Anda berusia 40 tahun dan ke atas? Ayuh sertai KBS Master Games 2024
Sudahkah anda bersedia? Sertai KBS Masters Games 2024 dan tunjukkan semangat anda!
KBS peruntuk RM7.4 juta bagi pembangunan sukan bermotor
Kementerian Belia Dan Sukan memperuntukkan sejumlah RM7.4 juta untuk pembangunan sukan bermotor di seluruh negara pada tahun ini.
Kerajaan perkasa pembangunan bakat sukan dalam kalangan anggota badan beruniform -- TPM
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan bilangan 2 bagi tahun 2024.
Belanjawan 2025: Peruntukan sukan permotoran turut dalam radar KBS -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan selain bajet RM 230 juta yang diberikan untuk pembangunan sukan secara keseluruhan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, peruntukan sukan permotoran turut berada dalam radar Kementerian Belia Sukan (KBS).
Olimpian, Paralimpian negara terima imbuhan RM10,000
Seramai 56 atlet yang beraksi di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 diraikan dalam satu majlis penyerahan penajaan hadiah insentif, hari ini.
Para Sukma Sarawak 2024: Selangor manfaat inisiatif I-Talent KBS
Menjelang Para Sukma Sarawak 2024 bermula hujung minggu ini, kontinjen Selangor memanfaatkan sepenuhnya Program Inisiatif I-Talent anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi melahirkan lebih ramai atlet muda di peringkat akar umbi.
KBS perjuangkan bajet atlet para
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan permohonan peruntukan lebih RM10 juta kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan pemerkasaan pembangunan atlet para negara di bawah Program Podium.
Kelayakan Piala Dunia: KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM bantu Palestin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang menyediakan gelanggang berkecuali buat Palestin menentang Jordan bagi perlawanan kedua Kumpulan B, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia malam tadi.
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave
'Like driving on ice' - Verstappen and Red Bull struggle in Vegas practice
Verstappen upset with Red Bull car
Starc hails 'fantastic bowler' Bumrah after day one in Perth
Starc hails Bumrah's bowling
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami
Fonseca: Milan have 'respect' but 'are not afraid' of Juventus
Fonseca: Milan not afraid of Juve
'Right guy at the right time' - Amorim confident of changing Man Utd's fortunes
Amorim confident of making impact
'It's a shame' - Alonso confirms Leverkusen's Boniface out with thigh injury
Boniface out with thigh injury
Girona handed huge injury boosts ahead of Espanyol clash
Girona handed injury boosts
Flick: Barcelona need to learn how to win without Yamal
Flick: Barca do not have Yamal