Kementerian Belia Dan Sukan memperuntukkan sejumlah RM7.4 juta untuk pembangunan sukan bermotor di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya, Adam Adli Abd Halim mendedahkan peruntukan berkenaan
merangkumi perbelanjaan mengurus, dana sukan komuniti, Geran Padanan Sukan dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.
“Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan program-program pemerkasaan merangkumi penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan seperti minibike dan pushbike serta latihan kemahiran asas perlumbaan GoKart, Rally, Drift, Cub Prix, Pocket Bike dan Motorcross.
“Selain itu, turut dilaksanakan Bengkel Pemurnian Modul Disiplin Sukan Enduro, Kursus Marshal dan Kursus Pemanduan Selamat,” katanya.
Adam berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Dato’Taib Azamudden berhubung inisiaitf kementerian mempromosikan sukan permotoran di negara ini di Parlimen hari ini.
Menurutnya sebanyak 13 siri kejohanan kebangsaan dan antarabangsa bagi mempromosikan sukan bermotor turut dilaksanakan di Sepang International Circuit iaitu SIC Ohvale Junior 2024, Malaysia Championship Series 2024 dan Malaysia Superbike Championship.
“Kementerian berhasrat untuk memberi fokus kepada pembangunan kemudahan sukan motocross di seluruh negara melalui kerjasama dengan kerajaan negeri,” ujarnya.
Sebagai permulaan, kata Adam kementerian telah memperuntukkan RM400,000 kepada Majlis Sukan Negeri Perlis untuk menaik taraf Litar Motorcross di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Sementara itu, KBS katanya turut memohon Belanjawan 2025 memperuntukkan dana bagi pelaksanaan program Pembangunan Sukan Bermotor melibatkan KLAS Kapcai, KLAS Motocros dan penganjuran perlumbaan dan juga Geran Khas kepada negeri bagi naik taraf litar motocros.
Ammar Hakim
Mon Nov 04 2024
Tambahan dana perkasa bakat Sukan Olimpik, KBS Masters Games perluas skop umur
Berikutan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyuntik dana tambahan kepada beberapa jenis sukan seperti memanah, angkat berat, menembak, taekwando dan lain-lain yang bakal menyusul ini adalah reaksi terbaru dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
KBS lancar TVET Sukan buat golongan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengorak langkah baru dalam usaha memperkasa tenaga mahir dalam industri sukan tanah air apabila memperkenalkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Anda berusia 40 tahun dan ke atas? Ayuh sertai KBS Master Games 2024
Sudahkah anda bersedia? Sertai KBS Masters Games 2024 dan tunjukkan semangat anda!
KBS peruntuk RM7.4 juta bagi pembangunan sukan bermotor
Kementerian Belia Dan Sukan memperuntukkan sejumlah RM7.4 juta untuk pembangunan sukan bermotor di seluruh negara pada tahun ini.
Kerajaan perkasa pembangunan bakat sukan dalam kalangan anggota badan beruniform -- TPM
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan bilangan 2 bagi tahun 2024.
Belanjawan 2025: Peruntukan sukan permotoran turut dalam radar KBS -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan selain bajet RM 230 juta yang diberikan untuk pembangunan sukan secara keseluruhan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, peruntukan sukan permotoran turut berada dalam radar Kementerian Belia Sukan (KBS).
Olimpian, Paralimpian negara terima imbuhan RM10,000
Seramai 56 atlet yang beraksi di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 diraikan dalam satu majlis penyerahan penajaan hadiah insentif, hari ini.
Para Sukma Sarawak 2024: Selangor manfaat inisiatif I-Talent KBS
Menjelang Para Sukma Sarawak 2024 bermula hujung minggu ini, kontinjen Selangor memanfaatkan sepenuhnya Program Inisiatif I-Talent anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi melahirkan lebih ramai atlet muda di peringkat akar umbi.
KBS perjuangkan bajet atlet para
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan permohonan peruntukan lebih RM10 juta kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan pemerkasaan pembangunan atlet para negara di bawah Program Podium.
Kelayakan Piala Dunia: KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM bantu Palestin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang menyediakan gelanggang berkecuali buat Palestin menentang Jordan bagi perlawanan kedua Kumpulan B, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia malam tadi.
Archer back in IPL auction despite being left off the shortlist
Archer back in IPL auction
Vlahovic out of Juventus clash with AC Milan
Vlahovic ruled out of Milan clash
Redick laments 'small things' as Lakers' unbeaten home run ended by Magic
Redick reflects on Lakers loss
Magnificent Bumrah humbles Australia after India batting collapse
Bumrah humbles Australia
Schwarz believes pressure will bring out the best in Red Bulls
Preview: NYCFC v NYRB
'Super simple' – Lille president rules out January exit for Jonathan David
Lille rule out David sale in Jan
Guardiola suggests Man City's recent form played part in signing new contract
Poor form was behind Guardiola deal
Piastri aiming for win in Las Vegas with Norris title chances looking slim
Piastri aiming for win in Las Vegas
China Masters: Tang Jie-Ee Wei comeback of the year to seal semis berth
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pulled off one of the biggest comebacks of the year after they saved nine match points to beat home pair Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 14-21, 23-21, 21-16 at the China Masters quarter-finals on Friday.
Leicester's Fatawu ruled out for rest of season with ACL injury
Fatawu out for season