PORTUGAL 3 SLOVAKIA 2

Portugal sah akan beraksi dalam Euro 2024 di Jerman selepas menewaskan Slovakia 3-2 dalam aksi Kumpulan J, pusingan kelayakan di Porto awal pagi tadi.

Bintang utama, Cristiano Ronaldo, membuktikan dia masih memiliki sentuhan berbisa selaku pennggempur utama negaranya apabila menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa.

Goncalo Ramos terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-18 sebelum Ronaldo menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-29.

Selepas David Hancko merapatkan kedudukan buat Slovakia pada minit ke-69, Ronaldo sekali lagi menemui sasaran dengan menyempurnakan umpanan Bruno Fernandes pada minit ke-72, sekali gus menjadikan jaringan Stanislav Lobotka pada minit ke-80 sekadar menjadi gol sagu hati.

Dengan kemenangan itu, Portogal layak ke kejohanan utama pada musim panas tahun depan selepas mengumpulkan 21 mata daripada tujuh perlawanan, sekali gus mendahului Kumpulan J, sambil Slovakia menyusul di tangga kedua dengan 13 mata.