Shaiful Shamsudin
Sun Mar 26 2023
Ronald Koeman menyasarkan sebanyak mungkin jaringan dalam pertemuan kelayakan Euro 2024 menentang pasukan kerdil, Gibraltar, awal pagi esok bagi memadam igauan dibelasah Perancis.
Belanda tunduk 0-4 kepada Les Bleus, kelmarin, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, kelayakan Euro 2024 dan perlawanan pertama bagi penggal kedua Koeman mengendalikan pasukan kebangsaan.
Skuad Oranje memiliki ruang untuk bangkit ketika mereka menyambut kunjungan Gibraltar yang menduduki tangga ke-200 dunia di De Kuip, tiga hari selepas kekalahan buruk itu.
Justeru, Koeman mengharapkan satu kemenangan besar.
“Dari minit pertama hingga ke-97 kami harus melakukan segala-galanya untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi.
“Kami kena teruskan perjuangan.
"Kami tahu Gibraltar akan bertahan dengan ramai pemain, tetapi mudah-mudahan kami boleh mendapatkan gol pantas. Barisan penyerang kami akan menjadi sangat penting."
Koeman memilih formasi 4-3-3 ketika menentang Perancis dan tatkala tidak menolak merombak kepada sistem 5-3-2 ketika menentang pasukan tertentu, apa pun dia percaya dengan sistem semasa.
"Perlawanan dengan Perancis berlangsung sekali sahaja," katanya.
"Saya tidak menolak bahawa kami sepatutnya melakukan perkara yang berbeza dalam perlawanan terakhir. Ia akan menjadi lebih baik; saya yakin.
"Ia pasti mengambil masa sebelum kita dapat melihat hasilnya. Inilah yang kami sedang lakukan dalam sesi latihan."
LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona
Ronald Koeman menyambut baik cadangan untuk Lionel Messi kembali ke pangkuan Barcelona dan percaya bintang Argentina itu masih pemain terbaik dunia.
Kelayakan Euro 2024: Belanda rancang kenduri gol
Ronald Koeman menyasarkan sebanyak mungkin jaringan dalam pertemuan kelayakan Euro 2024 menentang pasukan kerdil, Gibraltar, awal pagi esok bagi memadam igauan dibelasah Perancis.
Kelayakan ke Euro 2024: Ronald Koeman puas hati suasana di kem Belanda
Ronald Koeman percaya mengendalikan Belanda akan menjadi lebih mudah dalam penggal keduanya kali ini.
Ronald Koeman ikrar terap DNA menyerang bersama Belanda
Ronald Koeman bercadang untuk menerapkan corak permainan yang lebih menyerang dalam kem Belanda berbanding pendekatan pengurus terdahulu, Louis van Gaal.
Barcelona masih angau dengan kejayaan lampau, kata Koeman
Sambil mengkritik pengurusan Joan Laporta, Ronald Koeman mendakwa Barcelona terperangkap dalam sejarah mereka sendiri sedangkan bola sepak di atas padang berkembang di luar identiti mereka.
Xavi kekal fokus buat Al Sadd walau dikaitkan bimbing Barcelona
Xavi menegaskan bahawa fokus dan usahanya akan kekal buat Al Sadd walaupun terdapat laporan bahawa dia merupakan calon pendahulu bagi mengisi jawatan ketua jurulatih Barcelona.
Sergi Barjuan ganti tempat Koeman selaku jurulatih sementara di Barcelona
Barcelona menamakan Sergi Barjuan sebagai jurulatih sementara sepanjang tempoh mereka mencari ketua jurulatih tetap bagi menggantikan Ronald Koeman.
Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman
Ronald Koeman telah dipecat Barcelona selepas permulaan musim 2021-22 yang mengecewakan berterusan.
Kualiti Fati tidak dapat disangkal lagi, kata Koeman selepas Barca tewaskan Valencia
Ronald Koeman berkata kualiti yang dimiliki Ansu Fati tidak lagi dapat disangkal selepas pemain itu menyinar sewaktu Barcelona menewaskan Valencia 3-1 dalam perlawanan LaLiga di Camp Nou awal pagi tadi.
Beri peluang sama kepada Koeman seperti Rijkaard, kata Laporta
Barcelona berbangga melantik Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih dan mesti meletakkan kepercayaan yang sama seperti yang pernah dilakukan kepada Frank Rijkaard, kata presiden, Joan Laporta.
Nuggets centre Jokic wins third NBA MVP Award
Jokic becomes ninth player in NBA history to win three or more MVPs.
Journeyman Joselu takes long, winding road to Champions League final
Joselu, Madrid's semi-final hero
McIlroy: Golf could learn from Northern Ireland peace process
McIlroy: Golf like NI peace process
Tuchel: Champions League semi-final defeat 'tough to accept'
Tuchel: Defeat tough to accept
Super-sub Joselu strikes again as comeback kings Madrid pounce
Data Debrief: Madrid 2-1 Bayern
'You can never be settled' – Bellingham dreaming of more after Champions League comeback
Bellingham: Real Madrid are family
Real Madrid 2-1 Bayern Munich (4-3 agg): Joselu late show seals Champions League final spot
Report: Madrid 2-1 Bayern (4-3 agg)
Aston Villa ready for 'biggest challenge' says Emery
Villa ready for huge test
Club Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg): Viola seal Europa Conference League final return
Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg)
IPL: Sensational Sunrisers dispatch Super Giants
SRH dispatch LSG with 10-wicket win