Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, sekali lagi melalui pengembaraan emosi penuh berliku apabila rekod 100 meter kebangsaan yang dilakarnya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober lalu diklasifikasikan sebagai 'tidak sah' oleh Olahraga Dunia (WA).
Sehingga kini, masih belum ada sebarang pengiktirafan daripada WA berkenaan rekod 11.49 saat itu atas sebab teknikal biarpun Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberikan jaminan kepada pelari berusia 31 tahun berkenaan.
Senario itu bagaikan dejavu buat Zaidatul Husniah, yang pernah dikecewakan apabila catatan 11.45s yang dirakamkannya di Afrika Selatan pada 2017 tidak diiktiraf -- juga atas masalah teknikal.
"Saya agak terkejut dengan berita rekod kebangsaan saya tidak diiktiraf," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Ia amat menyakitkan hati, sewaktu saya dapat tahu, saya sedang memandu pulang dari sebuah acara.
"Ia amat mengguris hari saya kerana ia berulang lagi. Sebelum ini, saya juga pernah memecahkan rekod G. Shanti dengan melakukan catatan 11.45s tetapi ia tidak diiktiraf.
"Sudah pasti saya rasa terkilan kerana bukan mudah untuk memecahkan rekod itu untuk diisytiharkan sebagai ratu pecut yang baru.
"Saya rasa kerja keras saya selama ini berbaloi apabila saya memecahkan rekod itu," katanya.
Muzaffar Musa
Sat Jan 04 2025
Warga emas China rempuh orang awam bersenam dijatuhi hukum mati
Warga emas China yang mengakibatkan rempuhan hingga mengorbankan 35 orang di sebuah kompleks sukan di negara itu dijatuhi hukuman mati.
Marina Chin tegur KOM
Teguran legenda olahraga negara, Datuk Marina Chin, terhadap Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu dijadikan pedoman supaya lebih teliti dan tidak mengulangi isu rekod yang tidak diiktiraf, seperti yang menimpa ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, baru-baru ini.
Terkini: WA iktiraf rekod kebangsaan milik Zaidatul Husniah
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, gembira tidak terperi apabila rekod kebangsaaan acara 100m, 11.49 saat, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober tahun lalu kini diiktiraf oleh Olahraga Dunia (WA).
Jaguh lompat kijang mahu buka lembaran baru
"2025, Andre akan kembali!"
Khairul Hafiz bakal bersara?
Kem olahraga negara terus jadi tumpuan, kali ini terarah kepada raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan -- yang tidak menolak kemungkinan, kariernya semakin menghampiri titik noktah.
TERKINI: KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengesahkan rekod 100m dengan catatan masa 11.49s yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, diiktiraf oleh Olahraga Dunia (WA).
Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
Tempoh jaminan 48 jam yang disuarakan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, untuk menyelesaikan kemelut rekod kebangsaaan acara 100 meter yang dipecahkan oleh ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, pada Oktober lalu telah berakhir.
Jonah Chang buka lembaran baharu dengan azam pecahkan rekod baru
Pemegang rekod lontar peluru negara, Jonah Chang Anak Rigan, memulakan lembaran tahun 2025 dengan azam untuk mencipta sejarah baharu dalam kariernya di bumi Korea Selatan, negara di mana dia memecahkan rekod 12 tahun pada kejohanan Asian Throwing Championship 2023.
Ia amat mengguris hati saya -- Zaidatul Husniah terkilan rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, sekali lagi melalui pengembaraan emosi penuh berliku apabila rekod 100 meter kebangsaan yang dilakarnya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober lalu diklasifikasikan sebagai 'tidak sah' oleh Olahraga Dunia (WA).
Ratu pecut negara mahu bersara andai rekod kebangsaannya tidak diiktiraf WA
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menolak kemungkinan untuk bersara seandainya rekod kebangsaaan acara 100m yang dipecahkannya pada Oktober lalu tidak diiktiraf Olahraga Dunia (WA).
'This is my club' - Elliott rubbishes Liverpool exit rumours
Elliot: Liverpool is my club
Australian Open: Sinner cruises past home hope De Minaur
Sinner cruises into AO semi-finals
Thibodeau calls for consistency after 'ridiculous' Brunson treatment in Nets win
Thibodeau calls for consistency
Alonso disappointed by Leverkusen's naivety in loss at 10-man Atletico
Alonso disappointed with defeat
Flick lauds Barcelona's mentality in 'unbelievable' Benfica comeback
Flick lauds Barca mentality
Motta believes Juventus need more from forwards after Club Brugge bore draw
Motta: Juve need more from forwards
Liverpool avoiding Champions League knockout round more important than top spot, says Slot
Slot lauds Lille triumph
Simeone: Leverkusen victory will be remembered by spectators
Simeone: Win will be remembered
Australian Open: Shelton overcomes Sonego in thrilling tussle
Shelton powers into semi-finals
Murillo signs new Nottingham Forest contract
Murillo signs new Forest contract