Sasaran untuk berada dalam kelompok empat terbaik dalam Kejohanan Hoki Remaja Asia di Muscat, Oman bulan depan adalah realistik berdasarkan kepada keupayaan dan semangat juang pemain.
Hasrat tersebut selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dituntut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.
Ketua jurulatih, I Vikneswaran, berkata skuad Young Tigers itu akan menyahut cabaran tersebut dengan mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik, sekali gus layak ke Piala Dunia Remaja 2025 tahun depan.
Tambahnya, bagi merealisasikan impian itu, kemampuan pasukan perlu diperkasakan supaya dapat memberi tentangan sengit kepada lawan.
"Realistik untuk capai empat terbaik. Ia berdasarkan kemampuan pemain ketika menyertai SOJC (Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor) 2024 baru-baru ini.
"Kejohanan itu memberi banyak hala tuju buat pasukan dan yang penting, pemain memperoleh pengalaman berharga. Mereka bersaing dengan pasukan bertaraf dunia dan pemain kebangsaan serta pernah beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
"SOJC merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh pemain, mereka tiada pengalaman sebelum ini. Malah pasukan itu juga dipersiapkan dalam tempoh singkat dan pertandingan tersebut bagus buat mereka untuk menonjolkan keupayaan di pentas antarabangsa," katanya.
Sebagai rekod, kejohanan yang bermula 26 November hingga 4 Disember itu akan menampilkan 10 pasukan dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, China, Oman dan Bangladesh.
Secara keseluruhan, tujuh slot disediakan untuk Asia pada Piala Dunia Hoki Remaja 2025 dengan satu tiket sudah tersedia buat tuan rumah, India.
Vikneswaran berkata bagi memantapkan pasukan, beberapa kelemahan yang sudah dikenal pasti perlu diperbaiki dalam sesi latihan yang berbaki antara dua ke tiga minggu.
Tambahnya, ia melibatkan disiplin permainan, tanggungjawab dan karakter pemain ketika di dalam serta di luar padang.
"Daya ketahanan pasukan perlu diperkasakan. Misalnya, barisan kejurulatihan menerapkan satu corak permainan. Secara keseluruhan mereka faham dan ikut perancangan itu tetapi ia tidak konsisten.
"Apabila tiba di penghujung perlawanan, apa yang dipraktik sejak awal 'hilang'. Ia disebabkan oleh tekanan pihak lawan. Isu ini perlu diatasi dan pemain perlu konsisten dari awal permainan sehingga wisel penamat. Tanggungjawab kendiri perlu lebih kuat," katanya.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Oct 30 2024
Hoki Remaja Asia: Perkasa Young Tigers, buru empat terbaik
Sasaran untuk berada dalam kelompok empat terbaik dalam Kejohanan Hoki Remaja Asia di Muscat, Oman bulan depan adalah realistik berdasarkan kepada keupayaan dan semangat juang pemain.
Piala Sultan Johor: Beri pendedahan ialah tujuan asal -- Presiden MHC
Melihat kepada persembahan skuad muda hoki negara dalam kempen Piala Sultan Johor 2024 B-21, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal, tidak gusar dengan prestasi mereka mesikpun menamatkan cabaran di tempat tercorot.
Piala Sultan Johor: Malaysia akhiri kempen di tempat tercorot
Skuad muda hoki negara menamatkan kempen Piala Sultan Johor 2024 B-21 di tempat tercorot selepas gagal mengutip sebarang kemenangan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, sebentar tadi.
Piala Sultan Johor: Australia kenduri gol benam Young Tigers
Skuad muda hoki negara tewas kepada Australia 9-3 dalam perlawanan round robin Piala Sultan Johor 2024 B-21 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
Piala Sultan Johor: Skuad muda negara tewas tipis kepada Great Britain
Skuad muda hoki negara sekali lagi berdepan kekalahan dalam saingan Piala Sultan Johor 2024 apabila tewas tipis 1-2 kepada Great britain di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
Sukan Komanwel 2026: Hanya 10 jenis sukan, hoki- gimrama-skuasy antara diketepikan
Hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan hoki antara sukan utama yang diketepikan daripada temasya itu.
Haziq dan Boss Dina akhiri percintaan di jinjang pelamin
Klip video montage sempena perkahwinan bekas atlet kebangsaan berasal daripada Felda Trolak, Perak itu yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial agak menarik dan unik
Piala Dunia Hoki Veteran: Kehadiran Al-Sultan Abdullah jadi tonik tambahan
Datuk Manjit Abdullah, percaya kehadiran ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah​ merupakan tonik buat pemain negara.
Saiful Zaini optimis Sohail Abbas mampu lahirkan pemain flicker berkelas dunia
Skuad hoki negara dibawah kepimpinan Sarjit Singh tampak goyah malah masih jauh daripada tahap hoki antarabangsa susulan prestasi The Speedy Tigers selepas Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara dan saingan Trofi Juara-Juara Asia bulan lalu.
Masalah utama belenggu skuad hoki negara sudah dikenalpasti
Skuad hoki negara di bawah kepimpinan Sarjit Singh tampak goyah -- malah masih jauh daripada tahap hoki antarabangsa.
South Africa bowlers earn dominant victory over Bangladesh
Bowlers win Test for South Africa
'I don't see myself as the best', says Yashin Trophy winner Martinez
Preview: Tottenham v Aston Villa
Arteta: It's up to Nwaneri how quickly he becomes a first-team regular
Nwaneri in charge of developement
Motta: Errors at both ends of the pitch cost Juventus against Parma
Errors at both ends cost Juventus
Guardiola suffering without De Bruyne ahead of Bournemouth visit
Pep: De Bruyne out for longer
Arteta ignores Mourinho comparison ahead of Newcastle test
Arteta: I'm not Mourinho
NBA: Cavaliers beat Lakers to move 5-0; Bronny James scores 1st NBA points
Cavs beat Lakers to move to 5-0
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton
'I couldn't ask for more' - Van Nistelrooy salutes Man Utd players after Leicester victory
Ruud: 'I couldn't ask for more'
Cooper pragmatic about disappointing defeats ahead of Ipswich clash
Preview: Ipswich Town v Leicester