Famizal Daud
Tue Dec 24 2024
Mohamed Salah mendahului kedudukan dalam perebutan Kasut Emas di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan persembahan cemerlangnya dalam kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspur, Ahad lalu.
Dua gol dan dua bantuan ketika menentang Tottenham membawanya kepada 15 gol dan 11 bantuan di saingan EPL untuk musim ini menajdikan Salah pemain pertama dalam EPL yang mencapai dua angka dalam kedua-dua kategori sebelum Krismas.
Selain itu, dia merupakan pemain pertama yang mencapai dua angka untuk kedua-dua gol dan bantuan dalam empat musim EPL berturut-turut.
Malah, ini adalah kali keenam dalam lapan musimnya di Liverpool mencapai kedua-dua pencapaian itu -yang paling banyak untuk mana-mana pemain- dalam sejarah EPL memintas bekas pemain Manchester United, Wayne Rooney.
Kapten Mesir ini turut menduduki tempat kelapan dalam senarai penjaring sepanjang zaman EPL dengan 172, dan tempat ke-10 bersama 80 bantuan juga bersama bekas kapten England, David Beckham.
Sebelum ini, Thierry Henry yang meraih empat Kasut Emas EPL, semestinya menjadi satu lagi rekod yang mampu diatasi Salah yang ketika ini sudah pun merangkul tiga kali gelaran itu sejak bersama The Reds menyertai rekod yang dimiliki Harry Kane dan Alan Shearer.
Salah memenangi anugerah itu pada 2017/18, musim pertamanya di Liverpool dengan 32 gol dan dua kali berkongsi dengan rakan sepasukan Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang pada 2018/19 dan dengan Son Heung Min dari Tottenham pada musim 2021/22.
Dengan situasi kontrak penyerang itu masih dalam penelitian, jangan dilupa bahawa masih tiada pemain menewaskan rekod Erling Haaland untuk Kasut Emas dengan 36 gol dalam satu musim sejak ketibaan pemain Norway itu di England.
Jadi nantikan perlawanan berdepan Leicester City Jumaat ini, adakah ada jaringan lagi daripada Salah ataupun tidak?
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Pemenang jersi Harimau Malaya dengan tandatangan pemain akan diumumkan esok!
Pengumuman pemenang sehelai jersi Harimau Malaya yang ditandatangani barisan pemain kebangsaan sempena Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 akan diumumkan esok (Khamis).
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
Bergson masih mampu jadi peledak berbisa Harimau Malaya
Peledak import berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva diyakini masih mampu memberikan impak kepada skuad negara sekiranya pemain itu dinaturalisasikan.
'Nak makan ikan besar, umpan Harimau Malaya perlu besar'
'Nak makan ikan besar, umpan kena besar' - itu adalah realiti yang semua orang perlu fahami bahawa jika keperluan pemain berdarah warisan mahu dijadikan sebagai antara kekuatan penting skuad revolusi Harimau Malaya bermula 1 Januari 2025.
EPL: Salah dah pecah tiga rekod, dua lagi 'on the way'
Mohamed Salah mendahului kedudukan dalam perebutan Kasut Emas di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan persembahan cemerlangnya dalam kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspur, Ahad lalu.
Bruno Mars jadi pilihan jurulatih Selangor
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menjadikan bintang antarabangsa, Bruno Mars, sebagai selebriti kegemaran pilihannya sepanjang tahun ini.
Maresca reiterates lack of belief in Chelsea title hopes
Maresca: Chelsea not in title race
Brown laments 'one-sided' officiating as Celtics go down to Magic
Brown laments 'one-sided' officials
Amorim: Rashford absence not a distraction for Man Utd
Amorim: Rashford not a distraction
Rohit says freedom the key for India duo Jaiswal and Gill
Rohit: Freedom key for India pair
Where did it all go wrong? Man City crisis leaves Pep wishing for a Christmas miracle
Man City's dismal run rolls on
Swiatek sets sights on United Cup glory
Swiatek ready for United Cup
Guardiola: Man City need to use Haaland better
Pep: City must use Haaland better
India and Pakistan set to face off in Dubai as ICC Champions Trophy matches confirmed
Champions Trophy fixtures announced
Amorim adamant out of favour Rashford can still push Man Utd forward
Amorim open to Rashford return
Barcelona forward Torres suffers calf injury
Torres suffers calf problem