Arne Slot percaya peningkatan prestasi Curtis Jones adalah pada masa yang tepat memandangkan pemain berusia 23 tahun itu baru-baru ini telah bergelar sebagai seorang bapa buat pertama kalinya.

Jones menjadi tonggak utama dalam membantu skuad The Reds sejak beberapa minggu kebelakangan ini sekali gus menjadi faktor dia dipanggil Lee Carsley bagi memperkuatkan England menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), minggu depan.

Dia menonjolkan prestasi yang luar biasa semasa membantu Liverpool melakar kemenangan 4-0 menewaskan Bayer Leverkusen dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).





"Sejak saat dia menjadi bapa (bulan lalu), dia mula mempamerkan persembahan yang luar biasa.

"Dia sudah mempamerkan persembahan menarik dalam beberapa minggu pertama pramusim dan saya fikir dia seorang pemain yang berkualiti.

"Walaupun persembahannya agak merosot sebelum ini tetapi sejak bergelar bapa dia kembali cemerlang.

"Ianya mungkin ada kaitan dengan perkara itu, tetapi saya fikir ia lebih berkait rapat dengan cara pasukan beraksi. Hasilnya, persembahan individu dia juga baik." katanya.