Arne Slot gembira dengan kebangkitan yang ditampilkan Liverpool selepas ketinggalan dengan dua jaringan untuk berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dia turut tidak menafikan Arsenal beraksi lebih baik.

Tandukan Virgil Van Dijk membatalkan gol pembukaan Bukayo Saka seawal minit kesembilan pasukan tuan rumah sebelum Mohamed Salah dalam penghujung aksi babak kedua memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga.





Slot terus mengekalkan rekod tanpa kalahnya di tempat lawan semasa pertemuan di Emirates.

"Aksi menarik, kedua-dua pasukan menjaringkan gol daripada situasi bola pegun. Pada pendapat saya, Arsenal adalah pasukan yang lebih baik daripada kami.

"Kami kurang bersedia untuk perlawanan ini dan jika saya melihat betapa kuatnya kami dalam separuh masa kedua, itu sudah menggembirakan saya," katanya.





Slot kini menjadi pengurus Liverpool pertama yang tidak kalah dalam tujuh perlawanan di tempat lawan sejak William Connel pada Febuari 1923.

"Dua kali ketinggalan maka ia sesuatu yang gembira untuk melihat kami boleh bangkit. Kami datang untuk menang tetapi mungkin keputusan seri adalah apa yang kami mampu raih. Cara kami beraksi dalam separuh masa kedua sangat mengagumkan." tambahnya.