Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2022
Eden Hazard menanam keazaman menyelamatkan kerjayanya di Real Madrid tetapi tidak akan merungut jika kelab memintanya berhijrah di penghujung musim ini.
Bekas pemain sayap Chelsea itu mengalami tempoh suram di Sepanyol dengan beberapa siri kecederaan yang memusnahkan impiannya untuk mengulangi prestasinya dalam Liga Perdana Innggeris (EPL) ke LaLiga.
Kini Hazard berpeluang besar untuk membuktikan sentuhan sebenarnya di pentas berbeza tatkala dia bersedia untuk memainkan peranan bersama Belgium dalam Piala Dunia di Qatar.
Bakal mencecah usia 32 tahun Januari depan, Hazard sekadar menyumbangkan dua gol dan satu bantuan jaringan dalam 15 perlawanan untuk Madrid pada 2022 -- bermula hanya empat kali dan beraksi selama 532 minit dalam pasukan utama.
Memandangkan Hazard memenangi Bola Perak dalam Piala Dunia 2018 selaku pemain kedua terbaik kejohanan itu, penurunan prestasinya menyaksikan kelincahan tidak lagi menjadi taruhan utama pasukannya.
Hazard muncul Pemain Terbaik Chelsea dalam kempen terakhirnya di Stamford Bridge pada musim 2018-19, lantas percaya bahawa dia mampu mencapai tahap yang sama andai tidak dilanda kecederaan.
Bercakap kepada Marca, Hazard berkata: "Saya perlu membuktikan kepada semua orang bahawa saya mampu bermain. Ramai yang mempunyai keraguan tentang kebolehan saya, tetapi saya tidak."
Dia menyifatkan dirinya sebagai pemain bagus yang hanya perlu beraksi lebih kerap dan sedar mengapa ada pihak yang mula meraguinya.
"Ia perkara biasa. Saya terlepas banyak perlawanan dalam tempoh tiga tahun. Saya boleh memahaminya," katanya.
"Saya tidak beraksi tetapi menjadi pemain Real Madrid adalah impian saya sejak kecil dan selepas tahun ini, saya mempunyai kontrak semusim lagi. Saya mahu mewakili kelab ini, seragam ini."
Liga Juara-Juara: Vinicius Junior pamer perkembangan luar biasa -- Ancelotti
Carlo Ancelotti percaya mutu permainan Vinicius Junior semakin berkembang hari demi hari, selepas penyerang Real Madrid itu beraksi semula dalam Liga Juara-Juara.
Kejayaan Liga Juara-Juara bukan penentu kejayaan Harry Kane bersama Bayern Munich
Harry Kane menafikan cadangan kejayaan Liga Juara-Juara musim ini akan menentukan kejayaan perpindahannya ke Bayern Munich, selepas seri 2-2 dengan Real Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama awal pagi tadi.
Liga Juara-Juara: Kane cipta rekod baru ketika Bayern ikat Real Madrid
Bayern Munich seri 2-2 menentang Real Madrid dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara yang menarik, ketika Harry Kane mencipta rekod baharu dalam pertandingan itu.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Bintang Real Madrid, Vinicius Junior, menjaringkan dua gol, termasuk sepakan penalti pada minit ke-82 bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara penuh dramatik sebentar tadi.
UCL: Kami perlu taktik dan magis lawan Madrid -- Tuchel
Bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, mendakwa bahawa Bayern Munich bukan sekadar menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara Eropa (UCL), malah turut berdepan aura yang menggerunkan dari Los Blancos.
LaLiga: Presiden Barcelona tuntut perlawanan ulangan El Clasico
Selepas kekalahan minit akhir Barcelona ke atas Real Madrid dalam pertemuan El Clasico baru-baru ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta, bertindak luahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan prestasi pengadil
Kita boleh lakukannya -- Valverde
Pemain kebangsaan Uruguay, Federico Valverde, menegaskan Real Madrid perlu memanfaatkan pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL), untuk mengatasi Manchester City di perlawanan kedua suku akhir di Stadium Etihad.
Gerard Pique 'terkejut' mesej terbaru Tunku Ismail
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengundang respons mengejut bekas bintang Barcelona, Gerard Pique, berikutan hantaran gambaran terbarunya di Instagram.
Real Madrid tidak gusar penyudah tumpul Jude Bellingham
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya Jude Bellingham akan menemui semula sentuhan emasnya di hadapan gawang.
Saya lebih rela main di Santos daripada Liverpool - Rodrygo
Pemain muda Real Madrid, Rodrigo, menyatakan bahawa dia hampir memilih untuk pergi ke Liverpool ketika masih berusia 16 tahun.
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open
Ronaldo delivers another hat-trick as Al Nassr ease past Al Wedha
Al Nassr had Cristiano Ronaldo to thank for Saturday's thrashing of Al Wedha, in which Sadio Mane also impressed.