Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, menegaskan nilai kekeluargaan sangat penting dalam skuad selepas mereka menanggung kos pulang lebih awal buat Jonas Knudsen bagi menyambut kelahiran cahaya matanya.
Pertahanan Ipswich Town itu memanaskan bangku simpanan sewaktu aksi Kumpulan C menentang Peru, Sabtu lalu, menyaksikan pasukannya menang 1-0 hasil jaringan Yussuf Poulsen.
Sebaik sahaja perkhabaran tentang bayi perempuan Knudsen yang lahir pramatang diketahui seluruh kem Denmark, ketua pasukan, Simon Kjaer, meminta pemain itu dibenarkan pulang lebih awal.
Walaupun barisan kejurulatihan pasukan tampak tidak begitu bersetuju dengan idea itu, semua pemain bertindak berkongsi wang untuk menanggung kos penerbangan pulang buat Knudsen.
"Kami adalah pemain bola sepak tetapi manusia biasa," kata Schmeichel.
"Saya juga seorang ayah dan tidak dapat dibayangkan bagaimana Knudsen menghadapinya apabila mengetahui tentang perkhabaran itu dari jauh. Kami mahu membantunya kerana terdapat ramai pemain bergelar bapa dalam skuad.
"Anda harus melihat lebih daripada sekadar bola sepak. Sebagai manusia biasa, kami mahu melakukan apa yang termampu bagi membolehkannya pulang dan melihat bayinya yang baru dilahirkan."
Dalam masa sama, Schmeichel turut memuji aksi Christian Eriksen selepas menjadi watak utama dalam membuka ruang buat Poulsen menghasilkan jaringan sewaktu berdepan Peru.
"Eriksen adalah pemain bertaraf dunia. Kami bertuah kerana dia adalah warga Denmark dan sangat gembira tentangnya.
"Dia sangat penting buat pasukan sejak daripada peringkat kelayakan, play off dan sehingga kini. Di luar padang, dia adalah individu yang bagus, sangat merendah diri.
"Eriksen adalah pemain yang menjadi penyumbang besar buat pasukan," tambahnya.
Penulis Jemputan
Wed Jun 20 2018
Eriksen akan ketuai Denmark lawan Serbia di Parken
Christian Eriksen akan mengetuai Denmark apabila kembali ke Stadium Parken bagi perlawanan persahabatan menentang Serbia awal pagi esok.
Schmeichel bimbang Leicester kerap dibolosi
Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel, mengaku buntu untuk menjelaskan rekod buruk pertahanan kelab itu.
Euro 2020: Untuk sekalinya ia memihak England -- Kane
Harry Kane berkata untuk sekalinya ia berpihak kepada England selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan bagi menempah slot ke final Euro 2020 bertemu Itali.
Euro 2020: Wenger bertegas England tidak seharusnya raih penalti
Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, percaya penalti yang diraih England dalam masa tambahan ketika menang 2-1 dalam aksi separuh akhir Euro 2020 ke atas Denmark tidak seharusnya diberikan.
Euro 2020: Schmeichel waspada ancaman Kane
Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, berharap akan dapat mengatasi kapten England, Harry Kane, dalam perlawanan separuh akhir Euro 2020 awal pagi esok.
Euro 2020: ‘Euforia’ buat Denmark selepas permulaan sukar
Kasper Schmeichel menggambarkan perasaannya setelah kemenangan Denmark ke atas Russia dalam Kejuaraan Eropah dengan satu perkataan.
Denmark beri pengecualian buat Knudsen
Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, menegaskan nilai kekeluargaan sangat penting dalam skuad selepas mereka menanggung kos pulang lebih awal buat Jonas Knudsen bagi menyambut kelahiran cahaya mata.
Schmeichel mahu Kasper beraksi bersama United
Peter Schmeichel memasang impian untuk menyaksikan anaknya, Kasper untuk menjadi penjaga gol Manchester United pada masa akan datang.
Schmeichel kecewa dengan keputusan pengadil
Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel bergelut menyembunyikan kekecewaannya selepas sepakan penalti kontroversi Antoine Griezmann memberikan Atletico Madrid kemenangan 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.
Guardiola says Man City must prove themselves all over again in title race
Preview: Manchester City v Wolves
Mark Clattenburg leaves consultancy role with Nottingham Forest
Mark Clattenburg leaves Forest role
Marco Reus to leave Dortmund after 12-year-spell with boyhood club
Reus to leave Borussia Dortmund
Kompany wants to write names into the Burnley history books
Burnley are within touching distance of Premier League safety, and Vincent Kompany believes his team have what it takes to stay up.
Neville: Chelsea sacking Pochettino 'would be madness'
Mauricio Pochettino remains under pressure at Chelsea, but Gary Neville insists the Blues must stick with their head coach.
Nuno unsure what to expect from relegated Sheffield United
Preview: Sheffield United v Forest
Tiger Woods given special exemption to play in U.S. Open at Pinehurst
Three-time U.S. Open winner Tiger Woods will compete in this year's tournament at Pinehurst, despite failing to qualify for the event.
Tuchel to make Bayern Munich changes for Stuttgart ahead of Real Madrid clash
Tuchel to make changes
Lillard left frustrated by injuries after Bucks eliminated by Pacers
The Milwaukee Bucks made another early exit from the playoffs as the Indiana Pacers sealed the series win in Game 6 on Thursday.
'It would be a privilege' - Hamilton looks ahead to potential Newey link-up at Ferrari
Hamilton wants to work with Newey