Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah satu perkhabaran yang ternyata mengecewakan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang menyimpan impian beraksi di temasya itu sejak berusia lapan tahun.
Bagaimanapun, gimnas berusia 25 tahun itu tetap akur dengan keputusan untuk menangguhkan temasya terbesar dunia itu sehingga 2021 susulan penularan wabak COVID-19, dan mengakui kebajikan atlet dan seluruh dunia menjadi keutamaan buat masa ini.
“Memandangkan apa yang berlaku sekarang, ia adalah keputusan yang betul demi kebajikan semua. Langkah ini perlu diambil untuk memastikan kita semua selamat dan sihat.
“Ia adalah baik apabila keputusan telah dibuat dan kita boleh memberi tumpuan secara fizikal dan mental untuk persiapan menghadapi temasya pada garis masa yang baharu,” katanya.
Sukan Olimpik Tokyo menjadi keutamaan buat gimnas negara yang bakal membuat penampilan sulung di temasya itu, selepas gagal berbuat demikian pada edisi 2016 di Rio de Janerio, Brazil.
Walau kurang berpuas hati dengan keadaan semasa yang sedikit menjejaskan program latihannya, Farah Ann bagaimanapun mengakui ia secara tidak langsung telah menjadi pembakar semangat untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya terbesar dunia itu kelak.
“Saya sedikit kecewa pada awalnya kerana sepanjang tahun ini dirancang untuk Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada Julai, yang kemudiannya menjadi tanda tanya sama ada ditangguhkan atau dibatalkan.
“Dengan keputusan baharu yang dicapai, saya akan bekerja lebih keras dan melakukan persiapan lebih baik untuk temasya pada 2021 nanti,” katanya.
Farah Ann meraih slot ke Olimpik Tokyo 2020 apabila mempamerkan aksi cemerlang di Kejohanan Dunia Gimnastik Artistik di Stuttgart, Jerman selepas mengutip 49,898 mata pada pusingan kelayakan, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun gimnas negara layak ke pentas Olimpik.
Temasya Sukan Olimpik 2020 dijadual berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos sebelum kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mencapai kata sepakat untuk menangguhkannya sehingga tahun depan, ekoran penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Farah Ann umum bersara daripada sukan gimnastik
Ratu gimastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, mengumumkan persaraannya dalam satu kiriman Instagram hari ini.
Sukan SEA: Farah Ann masih tersenarai ke Vietnam
Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang dilaporkan telah meninggalkan skuad kebangsaan.
Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Timbul persoalan mengenai sama ada Farah Ann Abdul Hadi telah bersara daripada sukan gimnastik atau tidak selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi, menolak menyertai Piala Cabaran Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) di Kaherah, Mesir, sungguhpun boleh menjadi medan pemanas badan sebelum ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann
Skuad gimnastik negara berdepan risiko kehilangan khidmat Farah Ann Abdul Hadi apabila pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Sukan Olimpik Tokyo: Farah fokus pemulihan bahu
Wujud perasaan lega dalam gusar buat ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang berdepan kecederaan bahu berpanjangan.
RTT: Dhabitah, Farah Ann elak kecederaan
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, yang baru pulih daripada kecederaan bahu berhati-hati dalam menjalani rutin Program Road to Tokyo (RTT) yang memasuki minggu kedua.
Covid-19: Kesediaan mental cabaran yang sukar buat Farah Ann
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, menganggap mengekalkan tahap kesediaan mental yang lebih tinggi adalah perkara yang lebih mencabar ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak koronavirus.
Covid-19: Sukan Olimpik boleh tunggu -- Farah Ann
Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah satu perkhabaran yang ternyata mengecewakan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang menyimpan impian beraksi di temasya itu sejak berusia lapan tahun.
Farah Ann akui sukar kekalkan prestasi
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, mengakui berdepan cabaran untuk mengekalkan prestasi menjelang Sukan Olimpuk Tokyo, Julai depan.
Swiatek races into Madrid Open final with dominant win over Keys
Iga Swiatek's march towards a first Madrid Open crown continued on Thursday as she swatted Madison Keys aside to reach the final.
Tonali set for August return after receiving suspended two-month ban from FA
Tonali gets suspended ban from FA
Will Still leaves Reims job with immediate effect
Will Still leaves Reims job
'It's a joke' – Ten Hag slams reports of Man Utd fire sale
Ten Hag: Man Utd reports 'a joke'
Thomas Cup: Malaysia advance to semis after Japan mauling, to face China
Malaysia secured a long-awaited spot in the Thomas Cup semi-finals courtesy of a stunning 3-1 victory over Japan, and the team will now go on to face host China in the last four on Saturday.
Dyche still demanding 'the hard yards' from Everton despite Premier League safety
Everton head to Luton Town knowing their safety is secured after the Toffees reeled off three Premier League wins on the spin.
Grealish praises 'togetherness' in Man City's squad during title charge
Grealish: Togetherness is key
Postecoglou praises Pochettino's success at Spurs
Ahead of Tottenham's game against Chelsea on Thursday, Ange Postecoglou gave credit to the work that Mauricio Pochettino did for the club.
Rangnick turns down Bayern to stay in Austria job
Rangnick to remain with Austria
'We'll be better for Game 6' - Lue backs Clippers to make big improvement
The Clippers are one game away from making an early exit from the playoffs after playing their worst game of the season against Dallas.