Christian Eriksen sedia meningkatkan program pemulihannya dalam usahanya memainkan peranan bersama Manchester United yang merintis potensi mendakap tiga trofi musim ini.

Pemain tengah Manchester United itu mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan Piala FA ke atas Reading pada Januari lalu, secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan bahawa ia akan menamatkan kempen sulungnya di Old Trafford dengan lebih awal.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Denmark itu optimis bahawa dia akan sempat kembali sebelum musim ini tamat yang menyaksikan United masih memburu kejuaraan Piala FA dan Liga Europa selepas dinobatkan juara Piala Liga Inggeris (EFL).

"Ya, ia berjalan lancar. Saya baru sahaja mula berada di luar seperti yang anda lihat (di Instagram) dengan menyarung but bola sepak," katanya kepada laman sesawang kelab.




"Dan kemudian kami melihatnya dari sana, ia akan menentukan langkah seterusnya.

"Saya telah berada di gimnasium selama beberapa minggu dan kini tiba masanya untuk melakukan sesi pemulihan seterusnya di luar."

"Saya fikir pada awal karier saya, saya pasti melaluinya dalam keadaan yang lebih sukar dari sekarang.

"Saya telah belajar bahawa ia hanyalah sebahagian daripada kerjaya saya. Kadang-kadang anda bernasib baik, adakalanya tidak.

"Kecederaan khususnya, apabila saya tidak mampu melakukan apa-apa sendirian, kemudian seseorang datang kepada saya, minda saya akan kembali fokus secepat mungkin dengan cara yang sihat, kuat dan tiada sebarang halangan."