BELANDA 4 SCOTLAND 0
Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman, enggan berselindung bahawa anak buahnya tidaklah sekental mana tatkala ketumpulan jentera serangan Scotland memakan diri, awal pagi tadi.
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Pelawat mengawal sebahagian besar separuh masa pertama yang menyaksikan percubaan Ryan Christie terkena tiang, namun Belanda mendahului lima minit selepas rehat dengan rembatan padu Tijjani Reijnders.
Scotland terus membuat gerakan dan terlepas peluang menarik di Johan Cruijff ArenA itu apabila percubaan Lawrence Shankland pada minit ke-62 terkena palang biarpun hanya tinggal penjaga gol Belanda, Mark Flekken untuk ditewaskan.
10 minit kemudian, ia terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Georginio Wijnaldum menanduk masuk bagi menggandakan kedudukan disusuli penyudah pemain gantian, Wout Weghorst dan Donyell Malen, pada minit ke-84 dan ke-86.
"Keputusan ini seperti mudah tetapi tidak sebelum ia tamat. Mereka mungkin memberikan tentangan yang agak sengit dalam 10-15 minit terakhir dan kami juga menghidu lebih banyak ruang, kami tahu kami boleh mencipta peluang serta menjaringkan gol yang baik.
"Dalam tempoh sejam permainan, Scotland merupakan pasukan yang lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Sukar untuk dipercayai bahawa mereka buntu mencipta jaringan memandangkan mereka mempunyai beberapa peluang yang sangat baik.
"Kami sedar dari awal lagi bahawa mereka akan berjuang dan mereka adalah pasukan yang sangat agresif menerusi beberapa pemain yang bagus di barisan hadapan seperti John McGinn, dia bermain dengan sangat baik hari ini.
"Kami kerap kehilangan bola dan situasinya sangat teruk hari ini," kata Koeman.
Shaiful Shamsudin
Fri Mar 22 2024
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman, enggan berselindung bahawa anak buahnya tidaklah sekental mana tatkala ketumpulan jentera serangan Scotland memakan diri, awal pagi tadi.
Scotland layakkan diri ke Euro 2024
Kecederaan Erling Haaland tidak serius, kata jurulatih Norway
Stale Solbakken mengakui ia satu tamparan besar buat Norway apabila kehilangan Erling Haaland menjelang aksi terakhir Kumpulan A pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Scotland awal pagi esok.
Kelayakan Euro 2024: Gol lewat permainan Lawrence Shankland pastikan Scotland bangkit ikat Georgia
Lawrence Shankland menanduk masuk gol penyamaan pada lewat permainan untuk Scotland bangkit mengikat Georgia 2-2 dalam perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 di Arena Boris Paichadze Dinamo awal pagi tadi.
Kelayakan Euro 2024: Scotland sah layak ke kejohanan utama selepas Sepanyol atasi Norway
Scotland sah layak ke Euro 2024 selepas Norway tewas 0-1 di tangan Sepanyol dalam aksi kelayakan di Oslo awal pagi tadi.
Kelayakan Euro 2024: Scotland cicir mata tewas kepada Sepanyol
Scotland mengalami kekalahan pertama dalam kempen pusingan kelayakan Euro 2024 setelah tewas 0-2 kepada Sepanyol dalam aksi Kumpulan A di Sevilla awal pagi tadi.
Sir Kenny Dalglish: Saya dengan senang hati terima aksi 'sampah' Scotland
Sir Kenny Dalglish dengan senang hati menerima persembahan 'sampah' Scotland jika mereka mendapat keputusan di Sepanyol untuk layak ke Euro 2024.
Piala Dunia Ragbi: Gregor Townsend puji Scotland hidupkan peluang selepas kekalahan awal
Gregor Townsend memuji Scotland selepas bangkit daripada kekalahan kepada Afrika Selatan untuk menghasilkan 19 try dalam kemenangan berturut-turut ke atas Tonga dan Romania, sekali gus akan mencongak pertemuan kumpulan B dengan Ireland bagi perebutan ke suku akhir.
Scotland-England bukan sekadar aksi pemanas badan -- Kyle Walker
Kyle Walker mengelak untuk meremehkan Scotland selepas England mempersembahkanan rentak di bawah keupayaan sebenar ketika memerlukan sentuhan penyudah pertahanan itu untuk mengikat Ukraine 1-1.
Kelayakan Euro 2024: Scott McTominay bintangi kemenangan Scotland ke atas Cyprus
Scott McTominay meneruskan kempen cemerlangnya dalam pusingan kelayakan Euro 2024 apabila membantu Scotland menewaskan Cyprus 3-0, sekali gus kian hampir untuk layak ke Jerman tahun depan.
Postecoglou praises Pochettino's success at Spurs
Ahead of Tottenham's game against Chelsea on Thursday, Ange Postecoglou gave credit to the work that Mauricio Pochettino did for the club.
Rangnick turns down Bayern to stay in Austria job
Rangnick to remain with Austria
'We'll be better for Game 6' - Lue backs Clippers to make big improvement
The Clippers are one game away from making an early exit from the playoffs after playing their worst game of the season against Dallas.
Irving hails Doncic's resilience after star turn against Clippers
Irving lauds Mavs star Doncic
Celtics are 'learning from mistakes' after series win over Heat
The Boston Celtics avenged their 2023 playoff defeat to the Miami Heat in style by finishing off a comfortable 4-1 series win on Wednesday.
Dortmund boss Terzic not surprised by Sancho's quality
Terzic not surprised by Sancho
Luis Enrique hoping for home comforts in semi-final second leg
PSG must make home advantage count
NBA: Celtics rout Heat to reach East semis; Mavericks cruise to 3-2 lead
The Celtics never trailed and rolled into the Eastern Conference semifinals with an easy win while the Mavs went up 3-2 on the Clippers
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over