Bekas pertahanan Shanghai Shenhua dan Al-Ahli, Mark Daniel Miligan, dikhabarkan menjadi calon pertama bagi jawatan pembantu jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Barisan kejurulatihan selain Peter Cklamovski masih belum dikenal pasti, namun khabar angin melaporkan bekas pemain termuda skuad Piala Dunia 2006 Australia itu berkemungkinan bakal dilantik selaku pembantu pengendali skuad kebangsaan.

Mike Miligan bersara pada penghujung musim 2021 dan Macarthur menjadi destinasi terakhirnya selaku pemain bola sepak profesional.



Mike Miligan juga pernah merangkul kejuaaran Piala Asia 2015 bersama Australia.

Begitupun, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setakat ini.