Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sukacitanya mengalu-alukan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi perkhidmatan kewangan.
Kerjasama ini menandakan lembaran baru untuk badminton Malaysia dengan menjanjikan peluang dan sokongan yang lebih besar buat pemain dan jurulatih ketika mereka berusaha untuk mencapai kecemerlangan di pentas antarabangsa.
Allianz Malaysia komited untuk melindungi kesejahteraan semua atlet dan jurulatih ketika mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Justeru melalui perkongsian ini, pemain BAM termasuk atlet senior dan junior serta jurulatih mereka akan mendapat perlindungan menyeluruh apabila ke luar negara untuk pertandingan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan.
Selain itu, Allianz Malaysia juga akan mengambil alih peranan sebagai penaja utama bagi kejohanan SUPER 100.
Allianz Malaysia SUPER 100 dijadualkan akan diadakan di Stadium Juara pada Oktober tahun ini, sekali gus memantapkan lagi peranan Allianz Malaysia sebagai pemain utama dalam mempromosikan kecemerlangan badminton di negara ini.
Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, menyatakan semangatnya atas perkongsian itu dengan menyatakan: “Allianz Malaysia ialah syarikat insurans terkemuka di negara kita.
"Di peringkat global, Allianz terlibat dalam pertandingan sukan bertaraf dunia termasuk Sukan Olimpik.
"Penglibatan aktif mereka dalam sukan Malaysia menjadikan perkongsian ini amat bermakna dan kami berbesar hati kerana Allianz Malaysia menyertai kami dalam perjalanan ini untuk memartabatkan badminton Malaysia.”
Subramaniam seterusnya menekankan kepentingan kerjasama ini dengan berkata, “Sokongan daripada pemimpin korporat seperti Allianz Malaysia adalah penting dan akan menyumbang dengan ketara kepada kejayaan program kami.
"Perkongsian ini akan memberi manfaat kepada BAM dan memberikan motivasi dan dorongan tambahan kepada pemain.”
Sebelum menandatangani kontrak dengan BAM, Allianz Malaysia sudah pun aktif menyokong badminton remaja di Malaysia melalui Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) yang popular sejak 2022.
Tahun lalu, lebih 3,000 pemain muda menyertai 10 pertandingan itu.
Pusingan Kelayakan diadakan di pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak dengan finalis daripada setiap pusingan kelayakan mara ke AJBC Grand Finals selain semua perbelanjaan termasuk pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh Allianz.
“Allianz komited untuk menyokong sukan di peringkat global melalui penajaan kami untuk acara sukan utama termasuk Sukan Olimpik dan Paralimpik. Di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara untuk program atlet Para mereka dan AJBC.
"Memandangkan kejayaan AJBC dan impaknya kepada pemain muda yang bercita-cita tinggi, kami ingin meluaskan sumbangan kami kepada badminton Malaysia di peringkat kebangsaan dan yakin Allianz Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam memartabatkan dan membangunkan lagi sukan itu di Malaysia.
“Kami teruja dengan prospek untuk bekerjasama dengan BAM dan menyokong pelbagai program dan aktiviti mereka dan saya amat gembira menjadi penaja utama untuk acara Allianz Malaysia Super 100 akhir tahun in," kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang.
Selain bekerjasama rapat dengan BAM, Allianz Malaysia akan meneruskan komitmennya untuk memupuk bakat muda melalui program AJBC.
Butiran lanjut mengenai kejohanan tahun ini yang akan memasuki edisi keempatnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Shaiful Shamsudin
Sat Jan 04 2025
Petronas Terbuka Malaysia: Terima kasih Kian Meng! Aksi terakhirnya bersama Pei Jing di Axiata Arena tewas kepada wakil Jepun
Perjalanan beregu campuran profesional negara terhenti seawal pusingan 32 akibat tumpas kepada pasangan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin tewas melawan!
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, ditunjukkan jalan keluar dari Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 oleh lawan dari Taiwan, Ming Chu Lu-Hung En-Tzu, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Pilihan kelima kejohanan dari Indonesia singkir Tien Ci-Chiew Sien
Beregu campuran profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sin, tewas dalam saingan pusingan 32, Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 kepada lawan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, di Axiata Arena, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Pusingan 32
Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 akan membuka tirai bermula jam 9 pagi dengan semua wakil negara bakal berjuang membawa nama negara dalam pusingan 32 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, hari ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Kian Meng umum persaraan, All England jadi penampilan terakhir bersama Pei Jing
Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng, sah mengumumkan persaraannya daripada arena badminton ketika menghuni kedudukan ke-15 dunia bersama pasangannya, Lai Pei Jing.
Petronas Terbuka Malaysia: Siapa pun beregu nombor satu negara, tetap bawa nama Malaysia -- Aaron Chia
Beregu lelaki negara, Aaron Chia, mengambil positif perkembangan semasa prestasi beregu lelaki negara yang semakin meningkat naik daripada masa ke semasa menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai esok.
Petronas Terbuka Malaysia (Live Streaming): Sesi latihan rasmi pemain badminton negara
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sesi uji gelanggang rasmi skuad negara menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan skuad negara bakal turun dengan misi mengakhiri bad kejuaraan sejak 2018.
Petronas Terbuka Malaysia: Tangan Aaron Chia berbalut, Jonassen seru penyokong bersabar
Pemain beregu negara, Aaron Chia, dilihat menerima balutan di tangan kanannya sebelum memulakan sesi latihan di Axiata Arena menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025, esok.
Saya tidak berniat jadi jurulatih -- Tan Boon Heong nafi 'dirisik' BAM
Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, menafikan dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggantikan bekas jurulatih bahagian beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Petronas Terbuka Malaysia: Shevon Lai harap BWF nilai semula peraturan baru
Pemain beregu campuran negara, Shevon Lai, berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dapat menilai semula peraturan rawatan baru menjelang saingan Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata minggu depan.
NBA: Magic hand Knicks third straight loss
NBA: Magic extend Knicks' slump
Man Utd 'disrespected' before Liverpool clash - Van Dijk
Man Utd 'disrespected' - Van Dijk
Conceicao caps remarkable first week with Supercoppa success
Conceicao hails Milan character
Nuno urges Forest to 'stay humble' amid Premier League winning run
Nuno: Forest will stay humble
Queens Park Rangers 2-1 Luton Town: Bizarre Fox winner raises pressure on Edwards
Report: QPR 2-1 Luton
'Modric a gift for football' - Ancelotti champions Madrid midfielder after Minera goal
'Modric a gift for football'
Wolves 0-3 Nottingham Forest: Nuno's high-flying side move level with Arsenal in second
Report: Wolves 0-3 Forest
Inter 2-3 AC Milan: Abraham last-gasp strike snatches Supercoppa Italiana glory
Report: Inter 2-3 Milan
'Baffled' Masood rues lbw dismissal in South Africa defeat
Masood rues lbw dismissal
Minera 0-5 Real Madrid: Guler and Modric on target as Ancelotti's side cruise into last 16
Report: Minera 0-5 Real Madrid