CEBU 2 MUANGTHONG UNITED 9

Muangthong United memberikan amaran bahawa mereka masih lagi mampu menjadi pesaing terbaik dalam saingan Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila membelasah wakil Filipina, Cebu, 9-2 di Stadium memorial Rizal malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Poramet Arjivirai, muncul pemain paling menyerlah dengan jaringan hatrik (m-12, 45+5, 51) sambil Felicio Brown Forbes (m-7, 45+2) dan Kakana Khamyok (m-37, 39) turut menghasilkan jaringan berganda selain masing-masing satu gol daripada Purachet Thodsanit (m-65) dan Songwut Kraikruan (m-82).

Gytho Mijland pula menjadi penjaring kedua-dua gol Cebu dalam kekalahan besar itu.

Kemenangan itu menyaksikan Muangthong kekal di tangga ketiga dengan lima mata, hanya dua mata dipisahkan dengan Selangor manakala kelab Korea Selatan, Jeonbuk, pula di tangga teratas dengan sembilan mata.

Cebu, dalam pada itu, kekal di tangga tercorot dengan satu mata daripada empat perlawanan.