Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil akan menjadi venue untuk acara memanah dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos nanti.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, selepas venue asal, iaitu Dataran Merdeka, tidak dapat digunakan kerana terdapat permintaan untuk menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.
"Di MSN, ya. Ia kerana Dataran Merdeka digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan, jadi tidak cukup masa untuk kami menukar gelanggang. Keputusan itu kini dibuat, ia akan diadakan di MSN, Bukit Jalil," katanya.
"Pada awalnya, saya mahu acara memanah ini diadakan di Datatan Merdeka supaya ramai yang dapat tengok, kerana di tengah-tengah bandar. Tetapi kerana bertembung dengan Hari Kebangsaan, ia tidak dapat dielak."
Penukaran venue itu, bagaimanapun, dijangka tidak menyulitkan peluang pemanah negara untuk memburu emas kerana mereka pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri.
Acara Memanah:-
Lelaki
• Recurve berpasukan
• Recurve individu
• Compound berpasukan
• Compound individu
Wanita
• Recurve berpasukan
• Recurve individu
• Compound berpasukan
• Compound individu
• Recurve berpasukan campuran
• Compound berpasukan campuran
Astro Arena
Tue May 23 2017
Sukan SEA bukan untuk kaut keuntungan -- Tunku Imran
Presiden Persekutuan Sukan SEA (SGF), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, meminta Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) mengenakan harga tiket paling minimum untuk temasya itu, Ogos depan, bagi menarik rakyat Malaysia membanjiri venue pertandingan.
Azizulhasni harap dapat bersaing dalam Sukan SEA
"Saya harap mereka mempunyai semangat kesukanan," itu pandangan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, berikutan wujud khabar angin beberapa negara sengaja enggan menghantar peserta dalam acara keirin dan pecut dalam Sukan SEA, 19-31 Ogos nanti.
Skuad negara rasai kehilangan Izzati -- Farahiyah
Pemain futsal wanita, Farahiyah Muhd Ridzuan, bersedia menggalas tugas sebagai kapten pasukan demi membantu skuad negara mengejar misi meraih pingat emas dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Skuad bola keranjang akan harungi aksi pemanas badan berkualiti
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mengesahkan aksi Pra-Sukan Sea Kuala Lumpur diadakan pada 13-17 Jun, dengan skuad lelaki dan wanita akan diuji dengan lawan berkualiti.
Sukan SEA: Acara memanah diadakan di Bukit Jalil
Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil akan menjadi venue untuk acara memanah dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos nanti.
Sukan SEA terima tajaan Grab Malaysia
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) kini hanya memerlukan dua peratus bagi mencapai sasaran dana RM80 juta untuk penganjuran temasya dwi-tahunan itu.
Sukan SEA: Skuad boling bersaing sengit rebut tempat
Kejohanan Boling Terbuka Thailand dan Macau menjadi sandaran buat atlet boling negara, Ahmad Muaz Fishol, untuk membuktikan dia layak berada dalam senarai akhir skuad negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur.
Sukan SEA: Penajaan KL2017 menepati sasaran
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan jumlah penajaan Sukan SEA sudah mencecah RM70 juta, menepati 90 peratus sasaran RM80 juta menjelang saingan temasya dwitahunan yang akan bermula Ogos ini.
Messi 'will be our No.10 in 2026', hopes Inter Miami chief Mas
Inter Miami hint at Messi stay
Man United could be without Toone until Christmas, says Skinner
Toone sidelined with thigh injury
Haaland has 'full trust' in Guardiola to halt Man City slump
Full trust in Guardiola - Haaland
Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah: Aubameyang winner ends hosts' unbeaten run
Report: Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave
'Like driving on ice' - Verstappen and Red Bull struggle in Vegas practice
Verstappen upset with Red Bull car
Starc hails 'fantastic bowler' Bumrah after day one in Perth
Starc hails Bumrah's bowling
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami