Adli Aidy
Wed Nov 13 2024
Pemain skuasy yang berada di ranking kesembilan dunia, Sivasangari Subramaniam, mendominasi pusingan kedua selepas menumpaskan Nour Heikal dalam Skuasy Terbuka Malaysia di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.
Atlet skuasy kelahiran Kedah itu mempamerkan aksi memukau dengan mendahului keputusan selesa dalam dua set 11-4 dan 11-5 ke atas lawannya.
Sivasangari memberi tekanan hebat kepada Nour dengan jauh meninggalkan mata di dua set terawal. Asakan Nour berjaya merapatkan jurang mata di set ketiga selepas ketinggalan empat mata.
Begitupun, atlet berusia 25 tahun itu bangkit untuk menoktahkan perlawanan dengan keputusan 11-9 di set ketiga, sekali gus meraih kemenangan straight set ke atas Nour.
Sivasangari bakal menghadapi cabaran di pusingan suku akhir bertemu wakil senegara, Aifa Azman, Jumaat ini.
"Ini adalah perlawanan pertama saya di kejohanan dan secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi saya hari ini dapat menamatkan perlawanan straight set."
"Nour Heikal masih muda dan saya waspada dengan kecergasan dan semangat pemain muda, jadi saya rasa bersyukur dapat meraih kemenangan."
"Buat masa sekarang, saya mahu focus kepada prestasi diri sendiri dan enggan terlalu memikirkan tentang lawan dan keputusan perlawanan." kata Sivasangari
Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari atasi Aifa untuk ke suku akhir
S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura apabila menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi pusingan kedua di OCBC Arena hari ini.
Skuasy Terbuka Singapura: Eain Yow bakal tempuh cabaran lebih getir
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, mencatat kemenangan tiga set ke atas V Senthilkumar dari India, hari ini.
Skuasy Piala Malaysia: Ajaz puji kehebatan Eain Yow, Sivasangari
Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari tepati ramalan ke separuh akhir, tumpaskan rakan senegara
Pemain harapan negara, S. Sivasangari terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Skuasy Terbuka Malaysia: Langkah Aira Azman terhenti di suku akhir
Nasib yang sama menimpa adik Aifa iaitu Aira Azman yang turun berdepan Georgia Adderley selepas tiga bulan bertarung dengan kecederaan 'meniscus tear'.
Skuasy Terbuka Malaysia: Youssef Ibrahim mara ke separuh akhir
Pemain berusia 25 tahun kelahiran Mesir, Youssef Ibrahim mudah menewaskan cabaran Jan Camilo Argas dari Colombia.
Skuasy Terbuka Malaysia: Eain Yow tetap yakin dengan kemampuan diri tewaskan pihak lawan
Pemain skuasy negara, Eain Yow, menempuh jalan berliku sebelum merakamkan kemenangan bertemu wakil Amerika Syarikat , Shahjahan Khan, dalam Skuasy Terbuka Malaysia di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.
Skuasy Terbuka Malaysia: Aifa Azman mudah benam Cristina Gomez 3-0
Antara wakil skuasy tanah air, Aifa Azman, mudah membenam wakil dari Sepanyol, Cristina Gomez, dengan keputusan straight set di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.
Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari dominasi aksi pusingan kedua dengan santai
Pemain skuasy yang berada di ranking kesembilan dunia, Sivasangari Subramaniam, mendominasi pusingan kedua selepas menumpaskan Nour Heikal dalam Skuasy Terbuka Malaysia di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave
'Like driving on ice' - Verstappen and Red Bull struggle in Vegas practice
Verstappen upset with Red Bull car
Starc hails 'fantastic bowler' Bumrah after day one in Perth
Starc hails Bumrah's bowling
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami
Fonseca: Milan have 'respect' but 'are not afraid' of Juventus
Fonseca: Milan not afraid of Juve
'Right guy at the right time' - Amorim confident of changing Man Utd's fortunes
Amorim confident of making impact
'It's a shame' - Alonso confirms Leverkusen's Boniface out with thigh injury
Boniface out with thigh injury
Girona handed huge injury boosts ahead of Espanyol clash
Girona handed injury boosts
Flick: Barcelona need to learn how to win without Yamal
Flick: Barca do not have Yamal