Selepas kemenangan Juventus ke atas Atalanta di final Piala Itali pada khamis lepas, The Old Lady ambil keputusan untuk memecat pengurus mereka, Massimiliano Allegri, serta-merta susulan tingkah laku buruk.

Ini apabila Allegri dibuang padang di akhir permainan selepas membuat protes terhadap keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.

Dilaporkan juga, Allegri 'bergaduh' dengan pegawai perlawanan, staf Juventus dan juga media.




"Juventus mengumumkan bahawa Massimiliano Allegri dilucutkan jawatannya sebagai pengurus pasukan utama lelaki.

"Keputusan itu dibuat atas tingkah laku buruk yang dilakukan Alegri semasa dan selepas final Piala Itali di mana ia jauh sekali dengan nilai kelab," kata Juventus dalam satu kenyataan.

Mengikut rekod, Allegri merupakan antara pengurus terbaik Juventus selepas memenangi lima gelaran Serie A berturut-turut dan juga empat kali juara Piala Itali.

Allegri juga adalah individu yang mengetuai Juventus muncul sebagai naib juara Liga Juara-juara Eropah sebanyak dua kali pada musim 2014-15 dan 2016-17.