"Kembalikan jurulatih", itu merupakan pentafsiran jelas rata-rata atlet 100m pecut kebangsaan yang merindui sentuhan jurulatih Poad Kassim yang memiliki acuan terbaik dalam melonjakkan prestasi atlet kebangsaan.
Ia bukanlah omong kosong dengan pencapaian Zaidatul Husniah Zulkifli yang meleburkan rekod kebangsaan menerusi Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak.
Lantas, ia merupakan petunjuk jelas merujuk persoalan besar mengapa kontrak Poad tidak disambung.
"Bagi saya sedikit terkesan buat saya dan pasukan walaupun tidak banyak kerana tanpa dia (Poad Kassim) siapalah kami.
"Jadi saya harap dia akan kembali semula," kata pelari pecut negara, Haiqal Hanafi.
"Bukan saya seorang sahaja yang mempamerkan prestasi terbaik. Ramai lagi atlet lain berjaya.
"Jika ditakdirkan dia diberi peluang, saya sangat bersyukur," ujar Zaidatull Husniah.
"Mesti saya mahu dia lagi kerana dengan bantuannya saya mampu memecahkan rekod Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.
"Program yang dikendalikan olehnya sangat bagus dan saya tidak pernah bertukar latihan," kata Afrina Batrisyia.
"Sebagai atlet sememangnya mahu dia lagi. Tetapi keputusan terletak atas dirinya sendiri. Saya tetap mengikuti program latihannya," ulas Khairul Hafiz Jantan.
Selepas ketiadaannya, tugasan itu kini dipikul bekas atlit 400m berpagar kebangsaan, Firdaus Mazalan, yang memantau perkembangan tiga atlet di bawahnya.
Dalam masa sama, Hanssen Yap, Azreen Nabila Alias, Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa berada di bawah jagaan jurulatih, Mohd Nizam Md Yusop.
"Buat masa sekarang, saya hanya membantu bagi pihak Poad Kassim sambil dia sendiri yang akan menganalisa setiap latihan.
"Walaupun dia tiada di sini, jurulatih tetap mengetahui segalanya kerana saya akan menghantar video latihan kepadanya," kata pemangku jurulatih, Firdaus Mazalan.
Shaiful Shamsudin
Thu Oct 31 2024
Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Andre Anura sasar lompatan sejauh 16 meter
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura, optimis mampu melakukan lompatan terbaik demi mendapatkan catatan tinggi menjelang Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series Final yang akan berlangsung di Stadium Petra Jaya Kuching, Sarawak, hujung minggu ini.
Pelantikan jurulatih baru bawa perubahan dalam KOM
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam proses memperkukuhkan struktur kejurulatihannya apabila bakal ada beberapa perlantikan jurulatih tempatan baharu termasuk tiga ketua jurulatih dari luar negara.
Olahraga Grand Final Varsity: 'Wira GVF yang tidak didendang'
Kejohanan Olahraga Grand Final Varsity (GVF) 2024 menyaksikan barisan sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang sanggup mengorbankan cuti mereka demi merasai sendiri pengalaman untuk terlibat sama dalam penganjuran kejohanan tersebut.
Kejohanan Olahraga VGF jadi saksi 11 rekod kejohanan baharu
Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final secara rasmi melabuhkan tirainya selepas tiga hari penganjuran yang sekaligus menjadi medan terakhir penutup kejohanan olahraga universiti 2024.
Olahraga Varsity Grand Final: Balingan terakhir Nani Sahirah hasilkan emas, rekod kebangsaan
Hari terakhir Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final 2024 di Terengganu dipenuhi kejutan apabila Nani Sahirah Maryata sekali lagi melakar sejarah dengan memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara lontar peluru wanita kategori diamond.
Olahraga Varsity Grand Final: Raimi angkat UniMAP sebagai raja pecut lelaki
Muhammad Raimi Mustaffa Kamal yang mewakili Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencuri perhatian apabila terlebih dahulu mencecah garisan penamat dengan catatan 10.50 saat hari ini.
Olahraga Varsity Grand Final: Nurul Hidayah rasa kekurangan sekalipun jelma balingan emas
Ketiadaan jurulatih untuk persiapan ke Sukan SEA 2025 menggusarkan atlet baling tukul besi wanita negara, Nurul Hidayah Lukman, yang ketika ini berlatih di UPM menjelang pertandingan sepanjang tahun depan.
Olahraga Varsity Grand Final: Help Universiti cipta kejayaan manis 4x100m diamond lelaki
Kuartet lelaki Help Universiti mengetepikan cabaran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk catatan terpantas 4x100 meter diamond, 41.99 saat, di Terengganu hari ini.
Olahraga Varsity Grand Final: Ahli keluarga bekas raja pecut Asia Tenggara curi tumpuan
Hari pertama Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final disinari kejayaan anak buah bekas raja pecut Asia Tenggara, iaitu Muhammad Raimi Mustafa Kamal dari Universiti Malaysia Perlis, yang ungguli saingan 200 meter pecut lelaki diamond.
Olahraga Varsity Grand Final: Penganjuran VTF beri peluang atlet junior IPT tunjuk taring
Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Hanafiah Ayub, berkongsikan tujuan VTF dirangka adalah susulan kebanyakan atlet di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kurang kejohanan untuk disertai.
Slegers praises entire team after dominant Arsenal win at Juventus
Slegers praises entire team
Manchester City and Bayern Munich maintain 100% records with comfortable wins
City and Bayern both win easily
ATP Finals: Sinner stays perfect with assured Fritz victory
ATP Finals: Sinner downs Fritz
Harwood-Bellis 'didn't quite believe' first senior England call-up
Harwood-Bellis surprised by call-up
Chelsea quartet left at home as Bompastor rotates squad for Celtic clash
Chelsea missing key players
Slegers maintains unbeaten Arsenal start with statement Juventus win
Slegers remains unbeaten at Arsenal
Springboks aiming to have 'two best teams in the world', says Esterhuizen
Springboks want best two teams
Lawrence aiming to overhaul 'idol' McIlroy in Race to Dubai chase
Lawrence relishing McIlroy test
Upamecano: Mbappe shown 'lack of gratitude' in latest France omission
Upamecano: Mbappe is missed
Gakpo feels 'more dangerous' for Liverpool under Slot
Gakpo feels more dangerous for Reds