Mohamed Salah mendedahkan dia masih lagi belum mendapatkan sebarang tawaran formal dari Liverpool, mengakui 'kecewa' masih lagi belum berada dalam fasa perbincangan untuk melanjutkan kontraknya.
Bintang The Reds itu meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Arne Slot memastikan kekal di puncak liga dengan berkelebihan lapan mata menerusi kemenangan 3-2 ke atas Southampton, berkata bahawa dirinya kini 'lebih terarah untuk keluar daripada kekal'.
Salah semakin hampir memasuki enam bulant terakhir berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada penghujung June 2022, bermakna dia boleh bercakap dengan kelab di luar England mengenai perpindahan secara percuma musim panas nanti apabila jendela perpindahan musim sejuk bermula 1 Januari.
"Kita sudah hampir memasuki bulan Disember dan saya belum menerima sebarang tawaran untuk kekal dalam kelab, [jadi] saya kini lebih cenderung akan berhijrah berbanding kekal," akui Salah.
"Anda tahu saya telah berada dalam kelab selama bertahun-tahun. Tidak ada kelab seperti ini. Tetapi akhirnya ia bukan di tangan saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bulan Disember semakin hampir dan saya belum menerima apa-apa lagi tentang masa depan saya.
"Saya sayang peminat kelab ini. Peminat juga sayang saya. Akhirnya ia bukan di tangan saya atau di tangan peminat. Kita tunggu dan lihat. Sudah tentu [tiada tawaran yang mengecewakan], ya.
"Saya tidak akan bersara tidak lama lagi jadi saya hanya bermain, fokus pada musim ini dan saya cuba untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan semoga Liga Juara-Juara juga. Saya agak kecewa tetapi kita akan lihat.
"Saya sangat profesional. Semua orang boleh melihat etika kerja saya. Saya hanya cuba menikmati bola sepak saya dan saya akan bermain di peringkat teratas selama mungkin. Saya hanya melakukan yang terbaik kerana inilah diri saya dan Saya cuba memberikan segala-galanya untuk diri saya sendiri dan untuk kelab kita akan lihat apa yang berlaku seterusnya."
Ammar Hakim
Mon Nov 25 2024
UCL: Real Madrid hilang khidmat Vinicius Junior berdepan Liverpool di Anfield
Penyereng berbisa Real Madrid, Vinicius Junior, bakal terlepas perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) berdepan Liverpool selepas disahkan mengalami kecederaan otot kaki.
Salah kecewa Liverpool lengah perbincangan kontrak baru
Mohamed Salah mendedahkan dia masih lagi belum mendapatkan sebarang tawaran formal dari Liverpool, mengakui 'kecewa' masih lagi belum berada dalam fasa perbincangan untuk melanjutkan kontraknya.
EPL: Cody Gakpo gembira Ryan Gravenberch sudah mula pamer taring bersama Liverpool
Pemain Liverpool, Cody Gakpo, menyatakan rasa bangganya melihat rakan senegaranya, Ryan Gravenberch, mempamerkan kebolehannya ‘kepada seluruh dunia’ selepas melalui permulaan cemerlang dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL)
EPL: Milos Kerkez buruan Liverpool?
Liverpool semakin dikaitkan dengan bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez untuk sandaran, dengan Andy Robertson berusia 31 tahun pada Mac dan Kostas Tsimikas menghampiri 29.
EPL: Liverpool berdebar menanti lima pemain berdepan Southampton
Liverpool bakal berdepan Southampton pada Ahad selepas rehat antarabangsa, mendahului lima mata berbanding Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dijamin untuk kekal di persada selama seminggu lagi sekurang-kurangnya tanpa mengira keputusan di St. Mary's.
EPL: Kelleher buat status Alisson di Liverpool goyang
Liverpool terus menjarakkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kemenangan 2-0 yang mantap ke atas Aston Villa di Anfield dengan Caoimhin Kelleher mencatatkan "clean sheet" kedua berturut-turut semasa ketiadaan Alisson Becker.
Galatasaray sedia tawar Mohamed Salah gaji RM94.3j setahun
Kelab Turkiye, Galatasaray, dilaporkan membuat keputusan untuk mengikat bintang Liverpool, Mohamed Salah, untuk menambah nama-nama besar bola sepak dalam kelab itu.
EPL: Arne Slot percaya masih banyak rintangan menanti Liverpool
Pengendali Liverpool, memberikan bayangan banyak cabaran menanti pasukannya dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun The Reds kini sedang mendahului di puncak liga dengan jurang lima mata daripada pencabar terdekat.
EPL: Gol Mohamed Salah pastikan Liverpool selesa di puncak liga
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL). Skuad kendalian Arne Slot uty memanfaatkan sepenuhnya kekalahan Manchester City di Brighton, dengan Salah menjaringkan gool kemenangan sekali gus
EPL: Arne Slot puji aksi 'luar biasa' Curtis Jones sejak bergelar bapa
Arne Slot percaya peningkatan prestasi Curtis Jones adalah pada masa yang tepat memandangkan pemain berusia 23 tahun itu baru-baru ini telah menjadi bapa buat pertama kalinya.
‘Proud’ Glasner insists Palace are on the ‘right pathway’ to success
Preview: Crystal Palace v Newcastle
'Plymouth under-18s wouldn't concede six goals' - Rooney slams Pilgrims after Norwich rout
Rooney slams Plymouth
Forest should be ‘worried’ about recent run of form, says Nuno
Preview: Forest v Ipswich
Gasperini: Confidence is keeping Atalanta's run going
Confidence key for Atalanta
Cunha and Wolves looking up the table after back-to-back wins
Preview: Wolves v Bournemouth
Bucks replace Giannis 'by committee' in win over Heat
Bucks replace Giannis by committee
Bellingham willing to adapt to new Madrid position
Bellingham willing to be adaptable
Stokes: We know what we're doing on Bethell call
England know what they're doing
Lewandowski delighted to join Ronaldo and Messi with Champions League ton
Lewandowski copies Ronaldo, Messi
Alonso full of praise for Wirtz after man-of-the-match performance against Salzburg
Alonso full of praise for Wirtz