MALAYSIA 4 KEMBOJA 0
Skuad Harimau Malaya membina momentum positif menuju kempen Piala AFF 2022 apabila mengetepikan cabaran Kemboja 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Selepas kali terakhir menang selesa ke atas seteru Asia Tenggara itu pada 2014, pemain negara berhasil mengikut percaturan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, dalam perlawanan ujian berkenaan yang menyaksikan dua muka baru kelahiran England, Lee Tuck dan Stuart Wilkin, turut mencatat nama selaku penjaring dalam penampilan pertama.
Malaysia membuka tirai jaringan menerusi rembatan ketua pasukan, Faisal Halim, membuka jaringan pada minit ke-11 selepas permainan bermula agak perlahan berikutan hujan.
Faisal turut menjadi arkitek kepada jaringan Lee Tuck pada minit ke-38 sebelum sepakannya sekali lagi memerangkap penjaga gol pelawat, Hul Kimhuy.
Darren Lok, yang terlepas beberapa peluang menarik dalam babak pertama, kemudian digantikan oleh pemain naturalisasi daripada Sri Pahang, Sergio Aguero, dan 10 minit awal separuh masa kedua beberapa kawal longgar di bahagian pertama membuka ruang kepada Kemboja untuk melancarkan percubaan.
Malaysia memiliki beberapa peluang menarik lagi terutama dengan kemasukan Norhakim Hassan, Sapawi Rasid -- mengambil-alih peranan kapten -- dan Fazly Mazlan tetapi Stuart yang berada dalam kesebelasan utama memuktamadkan kemenangan skuad negara dengan tolakan pada minit ke-86.
Malaysia akan mengharungi satu lagi perlawanan pemanas badan apabila berdepan Maldives, Rabu depan menjelang sepak mula Piala AFF bertemu Myanmar, 21 Disember ini.
Shaiful Shamsudin
Fri Dec 09 2022
Faisal raksasa di sebalik tubuh kecil
“Apa yang kita capai musim ini adalah hasil titik peluh, air mata perjuangan, azam, cita-cita dan ikatan tidak dapat dipecahkan yang telah kita jalin bersama,” begitulah kata-kata pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, dalam temu bual dengan sebuah portal berita minggu ini.
Stadium Nasional Bukit Jalil terima rombongan dari Korea Selatan
Walaupun sempat dipalit kontroversi mengenai keadaan padangnya minggu lalu, gelanggang keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) menerima kunjungan daripada Jawankuasa Sukan Ulsan.
Dion Cools - Kami sudah cukup bersedia menentang Chinese Taipei
INFO BOLA SEPAK: Chinese Taipei bukan calang-calang pasukan
Rekod pertemuan sejak 2011 memihak kepada pasukan lawan dengan dua kemenangan
Pestabola Merdeka: Petar Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat
Ketua jurulatih skuad Tajikistan, Petar Segrt, mendedahkan bahawa pasukannya kehilangan 15 pemain menjelang aksi final Pestabola Merdeka menentang skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Arab Saudi, Oman ujian akhir Harimau Malaya sebelum cabar Piala Asia Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata dua pasukan bakal menjadi ujian terakhir buat Harimau Malaya menjelang pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Pan-gon puji impak pemain baharu
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, memuji impak dipamerkan pemain baharu yang menyertai skuad kebangsaan ketika membelasah Kemboja, 4-0 dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.
Piala AFF: Harimau Malaya garang dalam aksi pemanas badan
MALAYSIA 4 KEMBOJA 0
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe congak pilihan kesebelasan utama
Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, sudah mempunyai bayangan siapa bakal menggalas tugas peledak utama Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang Bahrain, tengah malam ini.
Felda mahu pertahan rekod cemerlang tujuh perlawanan
Pemilihan pemain import yang tepat pada pertengahan musim menjadi rencah utama kebangkitan semula Felda United sambil berharap tiga mata berharga mampu dijelmakan dalam pertemuan dengan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini.
NBA: Jazz blow big lead but edge Mavericks on late dunk
Jazz blow lead but edge Mavericks
Venezuela 1-1 Brazil: Super sub Segovia holds Selecao to shock draw
Report: Venezuela 1-1 Brazil
Kelleher repays Ireland trust in Finland victory
Kelleher repays Ireland trust
France 0-0 Israel: Les Bleus advance despite frustrating Nations League draw
Report: France 0-0 Israel
Victory in Greece signals England are 'moving in the right direction', says Carsley
England 'moving in right direction'
ATP Finals: Sinner completes perfect group stage with Medvedev win
ATP Finals: Sinner perfect in group
Greece 0-3 England: Stunning Jones debut goal helps Three Lions go top
Report: Greece 0-3 England
Belgium 0-1 Italy: Azzurri advance to Nations League quarter-finals
Report: Belgium 0-1 Italy
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca